Sunday 7 June 2009

Ulama: Pemerintahan Holistik



Tahniah Hj Hadi dan Nasarudin. Selamat berjuang, jangan berpesta.

(saje nak ulang tayang cerita saya kelmarin)

Di Malaysia tidak semua Islam itu Melayu, tetapi semua Melayu adalah Islam. Dalam keadaan politik sekarang seluruh rakyat mengharapkan dan menanti-nantikan kepimpinan ulama yang berwibawa segi ketakwaan, komitmen pada sifat mahmudah dan segala yang makruf, penentangan terhadap sifat-sifat mazmumah dan segala yang mungkar, pengakuran terhadap syariat Islam, budaya kelimuan, kebijaksanaan dalam tindakan serta Berjaya mengawal kepentingan peribadi supaya tidak mengatasi keredhaan Ilahi.



Alhamdullillah, PAS Berjaya mengekalkan apa yang dihasratkan oleh sebahagian besar ahli untuk mempertahankan kepimpinan ulama. Dengan terpilihnya Hj Hadi dan Nasharudin gulungan bahaya dari puak yang mengelarkan diri mereka ‘Erdogan’ tewas.Ini bermakna Bani Erdogan yang diketuai oleh Husam tidak dapat menembusi kekebalan asas penubuhan PAS ia itu melalui perjuangan ulama.

Puak-puak ‘erdogan’ ini sebenarnya adalah kumpulan profesyional yang berminat dengan politik . Mungkin kehadiran mereka dalam PAS ini bukanlah atas sifat ingin menyebatikan hubungan umara dan ulama tetapi diselit dengan ‘ambition’ untuk mencari tempat dalam politik.

Bani Erdogan ini adalah sebenarnya ‘late comers’ dalam politik. Sudah mengesan kesukaran untuk menembusi UMNO kerana UMNO telah melimpah-ruah dengan gulungan profesyional dan korporat yang keparat. Mereka merasakan laluan dalam UMNO lebih menyukarkan mereka untuk menuju puncak dalam hambatan cita-cita politik mereka. Wadah yang sesuai pada mereka ialah PAS.

Husam yang saya kenali sebenarnya muncul dan bertapak dalam tahun 1990 sewaktu Kelantan ditadbir melalui Angkatan Perpaduan Ummah. Belaiu mula menunjukkan taring dalam PAS sewaktu PAS sudah dijulang oleh rakyat Kelantan. Beliau dibawa balik untuk bekerja dengan Nik Aziz di Pejabat Menteri Besar. Semenjak itu tokoh-tokoh lama seperti cikgu Rahim dan rakan-rakan dipinggirkan.

Tewasnya Husam dalam pemilihan PAS adalah tepat. Ini memberi gambaran bahawa perwakilan yang telah diwakil-walikan oleh ahli-ahli cawangan tidak perlu kepada pemimpin seperti ‘Belanda Minta Tanah’. PAS tidak perlu ujud Bani dari segala bani kecuali Bani PAS. Tambahan lagi semua tahu bahawa mentor kepada Husam ialah budak ‘White House’ bernama Anwar Ibrahim. Betul atau tidak Wallahuallam. Politik adalah persepsi. Kebetulan pula Erdogan di Turki khabarnya kawan rapat Anwar. Kalau tidak kenapa pula istilah ‘Erdogan’ digunakan oleh Husam. Kenapa tidak guna istilah ‘ProLib’atau Pro-liberal?

Saya tidak menafikan bahawa peranan profesyional juga perlu mendampingi gulungan ulama dalam usaha menyemarakkan semula sumbangan ulama dalam proses pembangunan Negara. Tetapi gulungan profesyenal ini harus menghormati ulama dan mendengar pandangan mereka. Gabungan ulama dan umara akan dapat membantu mewujudkan masyarakat yang beretika dan berakhlak. Selari dengan aspirasi PAS dengan ‘Islam sebagai Ad-din’. Jangan pula hendak menjadi nakhoda dengan mengenepikan ulama.

Bagi ulama PAS, sudah tiba masanya meningkatkan lagi wibawa ulama melalui transformasi sikap. Ini bermakna mereka hendaklah menjadi aktivis sosial yang sama-sama menyumbang dan menyelesaikan masalah masyarakat seperti pengangguran, pendidikan, kemiskinan , kesihatan dan seumpamanya. Bukan lagi jadi penyeri dalam majlis-majlis rasmi sebagai pembaca doa-doa dan tahlil atau tukang zikir serta pembaca talkim semata-mata.

Dalam era ini mereka adalah obor yang membawa cahaya kepada ummah dalam ruang-lingkup yang global. Jangan ‘glokal’ istilah Pak Najib yang membawa makna ‘Gelojoh dan Kalut’. Ulama mesti menjadi penggerak temadun baru yang boleh menghidupkan semula Zaman Kegemilangan Islam silam. Bukan sekadar menceritakan tentang sejarah kekuatan Islam semata-mata. Mereka mesti menyesuaikan diri dan bersiap-siaga bagi menghadapi tuntutan zaman yang berubah.

Tuntutan zaman ialah ilmu. Mereka harus kedepan dan memainkan peranan utama dalam gerakan mengilslamisasikan ilmu. Yakni gandingan pendidikan Islam dan Barat.Ilmu dan kemahiran menjadi tonggak utama yang memacu kemajuan umat. Kecemerlangan dalam dua aspek ini membolehkan umat mendepani apa jua situasi yang mendatang..

4 comments:

  1. teruja bila baca mingguan malaysia hari ni ms 13...tahniah umno tanah merah!

    ReplyDelete
  2. UMNO Tanah Merah dipimpin oleh 'budak Freemason. Khabarnya tak sampai 300 orang yang hadir.

    Mari kita ucapkan 'selamat menghembuskan nafas terakhir UMNO Tanah Merah'.

    Itulah pemimpin pilihan UMNO pusat dengan kerjasama Annuar Musa.

    ReplyDelete
  3. puteri gunung ledang8 June 2009 at 09:58

    jumlah kehadiran bukan penting utk menentukan kewibawaan pemimpin....hanya jumlah kandungan dlm briefcase yg mampu menentukan letak duduk seseorang pemimpin dimata masyarakat!itulah realitinya!

    ReplyDelete
  4. Itu adalah indikator UMNO dilimpahi pemimpin yang korup. Dipenuhi kroni dan networking yang menipu rakyat jelata. Ini dapat dilihat dan diukur melalui peristiwa kebobrokan UMNO Tanah Merah yang di pimpin oleh wakil 'Freemason'.

    Barangkali Najib dan muhyidin,ada mata-buta,ada telinga-pekak, ada otak-otak udang.

    Percayalah, tidak akan aman orang yang khianat selagi orang yang dikhianati tidak aman hasil dari pengkhainatan itu.

    ReplyDelete