Tuesday 7 July 2009

1Malaysia Ada Lorong Tikus



(Petikan Utusan Malaysia-Selasa 7 Julai 2009)

Bangkok 6 Julai – Bekas Perdana Menteri Thailand yang kini menjadi pelarian Thaksin Shinawatra dilihat berada di Malaysia, baru-baru ini tetapi berjaya melarikan diri sebelum diberkas oleh pihak berkuasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Thaworn Sennian.

Beliau berkata dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La.
“Pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadrian Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan Berjaya melepaskan diri”, katanya kepada pemberita di pattani, di Selatan Thailand di sini hari ini.

Beliau bagaimana pun tidak memberi sebarang maklumat mengenai bila insiden itu berlaku, dan menurutnya selepas insiden itu Thaksin berlepas ke Fiji….

Buana Suara:

Hishamuddin where are You? Yang tak sedap didengar ialah :

1.”Berjaya melarikan diri sebelum diberkas”
2. “pegawai kedutaan memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia…
……Entah bagaimana Thaksin dapat tahu..”

Tidakkah ini melibatkan prestasi Kementerian Dalam Negeri. Yang tidak sedap lagi perkataan ENTAH bagaimana, membawa tafsiran bahawa pihak berkuasa Malaysia yang melindungi Thaksin. Tidak tangkap tetapi lepas. Sebab hanya pihak berkuasa Malaysia sahaja yang dimaklumkan.

Kedua, tafsiran mudah ialah pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri rasuah. Thaksin memang mampu untuk berbuat demikian bagi menggelak daripada ditangkap. Tempat penginapan dinyatakan dengan jelas. Kita juga keliru macamana ini boleh berlaku.

Ketiga, sesiapa pun termasuk Chin Peng boleh masuk dan keluar dalam Negara kita tanpa disedari. Alasan passport orang lain digunakan tidak masuk akal. Apa imigresen buat.Tidor ke? Kenapa pintu masuk dan keluar Negara kita senang dibolosi. Tidak salah kalau rakyat akan terjemahkan insiden ini secara negative terhadap Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Hishamuddin.

Keempat; kalau begini jadinya jangan terkejut kalau saya katakan bahawa sebenarnya Chin Peng yang kita sibuk-sibuk dok halang daripada balik ke Malaysia sebenarnya sudah lama berada di Malaysia. Cuma yang bising-bising ini adalah untuk ‘formality’ sahaja bagi mengizinkan Chin Peng berada di sini.

KeLima; kalau kita ada perjanjian ekstradisi dengan Thailand janganlah nanti kita juga akan dimain-mainkan oleh Thailand. Adakah kita lupa bagaimana Abuya(ARQAM) ditangkap di Selatan Thailand dahulu. Tidakkah atas kerjasama kerajaan Thailand?

No comments:

Post a Comment