Monday, 13 July 2009

Pengundi Hantu, Tokoh Guru Dan Jambatan Maut Di Manek Urai


1. Fatah kata sudah tidak ada Pengundi Hantu yang akan menghantui PRK Manek Urai. UMNO lantas perli PAS. Fatah tersengih-sengih sahaja. Sebab apa tersengih-sengih sendirian? Sebab Pengundi Luar yang balik nanti akan menjadi hantu untuk memusnahkan UMNO.

UMNO faham ke tak apa yang Fatah kata? Ahmad Maslan buat kajian ke tak fasal kenyataan Fatah(Pengarah PKR PAS di Manek Urai)itu? Maknanya Fatah yakin kalau bawa balik berlori-lori dan bergerabak keretapi pun mereka akan mengundi PAS. PAS sudah mengarah para pengundi luar mereka untuk balik secara percuma dengan tajaan UMNO.

Setelah mengundi atau sebelum mengundi mereka in akan disambut oleh wakil PAS dan diberi wang tambang lagi. Ini untuk memberi peluang kepada pengundi Luar menambah pendapatan mereka.

So, jangan terkejut UMNO akan kalah melalui saluran 3 dan 4(Saluran Pemusnah UMNO)

2. Muhyidin telah menabal 'Tokoh Guru' diatas padang bola. Macam Nuar Musa menabal Raja Kelantan di Padang Bola dahulu. Dengar khabarnya semua Pengetua dan PPD seluruh Kelantan dikerah untuk hadir. Maka hadirlah mereka ini kerana terpaksa. Penyakit kerah-mengerah cikgu ni masih tak habis-habis dalam budaya UMNO. Khabarnya orang tempatan (pengundi Manek Urai) tidak dijemput dan tidak ramai yang hadir. so much so, mesej yang hendak disampaikan oleh TPM tidak dapat dikomunikasikan kepada pengundi tempatan. Kesian. Buang masa TPM sahaja.

3.Kalau Pak Menteri diprogramkan ke Manek Urai, didapati yang sibuk keliling Pak Menteri ialah Ketua-ketua Bahagian. Mereka berebut-rebut nak tunjuk muka handsome, hinggakan tujuan asal Pak Menteri ke sana terjejas. Orang-orang tempatan usahkan nak masuk dekat, nak tengok wajah pun terpaksa menunggu Pak Menteri naik pentas dahulu baru boleh nampak. Ada juga Ketua Bahagian kalau Pak Menteri buat PC, dia pun sibuk memposisikan diri agar wajah-wajah mereka terpancar dalam TV. Kononnya aku sangat rapat dengan Menteri itu dan ini.

4. Kenapa tidak bagi peluang kepada Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Peti Undi berkenaan, Penghulu dan orang kampung Manek Urai yang menyambut Pak Menteri yang datang. Ketua-ketua Bahagian lain tak usahlah jadi tukang sibuk. Orang kampung ni kena bagi biar mereka rasa mereka berharga, baru mereka jatuh cinta. Kalau dah jatuh cinta mereka sanggup buat kerja mati-matian. Ini tidak, Ketua-ketua Bahagian lain yang sibuk. Nak muntah tengok gelagak mereka. Tak percaya cuba ulang-tayang PC menteri sepanjang kempen PRK Manek Urai.

Orang kampong kalau bagi peluang mereka duduk sebaris dengan menteri, mereka akan bercerita sepanjang hayat tentang peristiwa itu. Sampai anak cucu naik bosan. lebih-lebih lagi kalau Pak Menteri arahkan juru gambar supaya membuat copy segera dan hantar kepada setiap wajah yang ada. Apa akan mereka rasa? Cuba teka. Lagi umph....kalau dibelakang gambar Pak Menteri tulis sepotong ayat berbunyi "semoga dirahmati Allah dan dapat kita bertemu lagi" daripada Saudara kamu dalam Islam.... Tandatangan Pak Menteri. CUKUP....cair melelehlah hati pengundi

5. Saya tidak nampak jambatan segera yang dijanjikan TPM akan memberi mileage pada UMNO. Jambatan yang dimaksudkan itu sebenarnya sudah memadai dengan trafik dan lalu-lintas disana. Ia nampak sibuk dan jam kerana PRK. Ramai yang datang kesana. Selepas ini jambatan itu akan digunakan oleh orang Manek Urai untuk berulang alik ke kebun mereka. Itu pun dengan motorsikal dan basikal unta sahaja. Lepas ni masing-masing akan balik ke lubuk masing-masing. Sampai mati pun tak akan datang lagi kecuali ada PRK pula. Pengguna setia ialah orang Manek Urai dan sekali sekala oleh beruk, monyek dan babi hutan.

6.Lainlah kalau janji nak buka kilang getah terbesar dan kilang kelapa sawit atau kilang proses buah-buahan tempatan. Maknanya orang di situ boleh menjual hasil tani mereka secara terus, tidak melalui orang tengah. Nampak juga rasionalnya. Rasanya 'pecah liur' juga orang Manek Urai nak merasa. Selain itu ada juga peluang pekerjaan kepada anak-anak mereka. Ini Jambatan yang dijanjikan. Entahlah Belalang.

7. Saya harap UMNO dapat buktikan saya silap dalam membuat andaian ini. Selamat Mengundi.Menang atau kalah perjuangan mesti diteruskan. Jangan biarkan UMNO mati dengan 'perjuangan yang belum selesai'.

8.Tidak mustahil kubu PAS boleh ditawan. Macam Pengkalan Pasir di Pasir Mas dahulu pun kawasan kubu kuat PAS, PRK 2006 UMNO menang 100 undi. Mungkin akan berulang di Manek Urai.

No comments:

Post a Comment