Monday 27 July 2009

Bangga Jadi Melayu 1Malaysia


Pujangga Cina Lao Tze telah memberi nasihat berikut mengenai kepimpinan:

Seseorang pemimpin itu terbaik sekiranya orang tak kenalnya,Tidak berapa baik apabila orang akur dan memuji-mujinya. Lagi buruk apabila mereka mengejinya.

Pemimpin terbaik sekali ialah apabila kerja sudah beres. Pengikut-pengikutnya bangga melaungkan: Semuanya ini kitalah yang lakukan bersama!

Orang UMNO dan pemimpin-pemimpin harus mempelajari dan mengamalkan ilmu pengetahuan yang secocok dengan kehendak Islam dan juga ilmu pengetahuan yang sesuai dengan tuntutan zaman.

Allah telah menetapkan bahawa dalam setiap perkara ada cara yang lebih baik.

Hijrahlah kepada jalan yang lebih baik, dalam konteks amar makruf, nahi mungkar. Semoga diredhai dan diberkati Allah. Sekiranya kita tidak mengikuti jalan yang lurus, maka segala-galanya akan menjadi bertambah sulit untuk dicari.

Yang penting sekali , hasrat kita dan semua orang melayu adalah supaya melayu dapat terus menerajui negara dengan penuh kewibawaan supaya dapat diterima setiap lapisan masyarakat majmuk di 1Malaysia.

Agar anak cucu dan zuriat kita bangga jadi MELAYU.

No comments:

Post a Comment