AKSI PEMILIHAN UMNO
"Kita mesti kena bertindak cepat dan berani bawa kes rasuah ke mahkamah serta habiskan perbicaraan dalam masa sesingkat mungkin"
(Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz - Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
"Wow!! It sounds like music to my ears" kata orang putih dan kata buanasuara .
Sedap macam musik 'tok te'ghi' (main puteri) di Kelantan. Orang sakit berbulan-bulan pun boleh bangun menari mengikut rentak 'tok te'ghi'. Sihat serta merta. 'Belagor angin' .
Harap-harap Datuk Seri Nazri jangan buat lagu tu. Nak buat, buat sungguh-sungguh. Biar sengoti. Jangan main-main. Kalau nak main, jangan main-main (biar bersungguh-sungguh), baru boleh berjaya. Kalau nak main-main(olok-olok), jangan main. kamu akan dikutuk kerana kemunafikan kamu Datuk.
Kenyataan di atas membawa erti 'tak kira siapa', kawan atau lawan. Waima kawan dan lawan dalam PR mahupun kawan dan lawan dalam BN.
"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah orang yang kuat memegang keadilan, menjadi saksi bagi Allah meskipun keatas diri kamu atau kedua ibubapa dan kaum kerabat"
(an-Nisa':135)
(an-Nisa':135)
Dalam UMNO sendiri pun masih lagi bertimbun aduan di MACC. Percepatkanlah bagai dikata. UMNO Bahagian Tanah Merah tidak terkecuali.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. tanda-tanda orang munafik ada empat:
- Kalau bercakap, suka berdusta
- Bila berjanji tidak menepati janji
- Bila dipercayai, suka mengkhainati
- bila diberi amanah, tidak memggang amanah
Oleh itu JANGAN samakan slogan UMNO 'Dulu,Kini dan selamanya' dengan 'Dulu, Kini dan Selamanya Allah.
No comments:
Post a Comment