Satu ketika dahulu seluruh Negara digemparkan dengan berita khilangan Dato’Mazlan. Kemudiannya ditemui mati dalam keadaan ngeri. Tubuh badan arwah dikerat 18 oleh seorang artis bernama Mona dan Suaminya Affendi(Mona Fendi).Akhirnya Mona Fendi menerima hukuman kerana didapati bersalah oleh mahkamah. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati. Orang UMNO amat marah dan benci pada kedua-dua penjenayah tersebut.
Kini secara diam-diam roh Mona Fendi meresap ke dalam tubuh badan UMNO di Manek Urai.Mereka berada disetiap penjuru PRK Manek Urai. Dah tak boleh buat apa-apa lagi. Pembunuhan ‘ala Mona Fendi’ ada dimerata-rata. Bukan belasan keratan lagi, malah beratus-ratus keratan.
Saya diberitahu salah seorang pekerja yang diimport bahawa mereka dah tak mampu nak jalankan tugas. Hidup macam terpaksa. Seolah-olah berjalan dalam gelap. Disana ramai artis macam Mona Fendi.Boleh menghibur dan boleh membunuh.
Mereka mampu memberi lapuran yang boleh menghiburkan UMNO. Semuanya lunak-lunak sebab mereka tahu budaya yang dimiliki oleh pemimpin UMNO. Macam Mona, boleh menyanyi dipentas dan pembunuh didesa.
Saya tidak keliru. Saya masih waras. Ini dapat mengesahkan entri saya terdahulu bahawa budaya ‘kerat-mengerat’ tetap akan berlaku. Kecil besar,banyak sikit Wallahwualam. Rupa-rupanya lebih parah. Modus operandi sangat licik. Mereka yakin akan terlepas sebab UMNO tidak serius menangani soal begini. Sepertimana dalam PRU 12 lalu. Bukan tidak ada Roh Mona ini. Ada. Dapat tangkap.Masukkan dalam botol dan diserahkan kepada Lembaga Disiplin. Dengan harapan dikenakan tindakan. Tetapi terlepas. Ada lembaga dalam Lembaga Disiplin. Lembaga inilah yang membuka tudung botol.Maka boloslah manusia yang beROHkan Mona. Bebas merdeka. 'Lembaga' ini masih bertakhta di PWTC. Malangnya ‘Ghostbusters’ pula merana dan terbuang. Hingga kini pun saya ingin mencabar keesahan tentang apa yang berlaku di Bahagian saya Tanah Merah. Waima cabar saya dengan tuduhan fitnah diMahkamah pun saya sanggup.
Di Manek Urai lagi susah. Mona Fendi datang dari merata tempat. Dari dalam dan luar Manek Urai. Ada yang jelma jadi juru kempen PAS. Camouflage. Mereka lakukan semua ini ada destininya. ‘Mona' yang berasal dari Kuala Krai tidak puas hati dengan Ketua UMNO Bahagian. Yang juga merupakan Mona sewaktu pemilihan Bahagian. Manakala Mona dari luar tidak puashati dengan UMNO negeri semasa Tan Sri Nuar(Mona peringkat perhubungan). dan kerenah Pengurusan Parti peringkat pusat semasa Najib sebelum 1Malaysia. Mereka ingin sampaikan mesej agar soal-soal disiplin jangan main-main. Nanti parti dimain-mainkan. Kesian. Kesian Tuan Aziz di manek Urai. Kesian Dato Pa.
Kehadiran Dato Romzi, Wan Zaid dan Tuan Aziz dalam majlis-majlis tidak memberi impak langsung.
Nasi sudah jadi bubur.Mona hidup subur dalam UMNO. Kemenangan UMNO amat tipis. TV dan radio usahlah mainkan lagu sedap. Makin dijelmakan wajah Romzi makin kuat marahnya musuh-musuh Romzi. Kebetulan pula Romzi adalah mantan setiuasaha Perhubungan UMNO Kelantan. Orang yang bolos dan diboloskan bersama dengan dosanya.
Mana tahu kut-kut Romzi pun suka kalau UMNO tewas sebab Tuan Aziz dikatakan 'Align' dengan Wan Zaid yang dipotong-potong dan dikerat-keratnya semasa pemilihan dahulu. Kalau teori saya tentang Romzi benar,ada dua implikasinya. Romzi akan ajar Wan Zaid dan Wan Zaid akan ajar Romzi. Ingat! Mona Fendi adalah pelakun. Boleh menyanyi dan boleh membunuh.
Semoga Roh Mona akan di lenyap selama-lamanya selepas PRK Manek Urai. Dato Pa gunalah segala ilmu bomoh yang ada. Bakar kemenyan banyak-banyak. Hantu takut pada asap kemenyan. Kalau Mona tidak lenyap, UMNO akan lenyap.
UMNO sudah 50 tahun. UMNO menjadi nadi utama pemerintahan dalam negara. UMNO berjaya dalam misinya. Secara tidak langsung, banyak juga ahli-ahlinya yang turut meraih sedikit sebnayak jasa UMNO. Dan jika alpa ianya akan menenggelamkan UMNO sendiri seperti yang sedang berlaku. nama UMNO sudah buruk gara-gara ahli-ahlinya ghairah meraih nama sendiri dari mengekalkan UMNO yang sudah semakin hilang kawalan. UMNO berdiri kerana ahli.Jika ahli-ahli ini saling menjatuhkan antara satu sama lain..maka apa lagi yang tinggal pada UMNO?
ReplyDeleteCCZ,
ReplyDeleteYang akan berada dalam UMNO ialah 'KEKASIH-KEKASIH' pemimpin sahaja. Akhirnya UMNO hanya tinggal NAMA.