Monday, 27 July 2009

1Malaysia Yang Menakutkan

Sebuah dunia yang menakutkan sebenarnya ialah pertarungan berlaku antara yang hak dan batil; antara kebenaran dan kepalsuan dan pemenangnya ialah kebatilan.

Kata Tun Mahathir:

"Masyarakat berada dalam ketakutan. Keadilan tidak mungkin dinikmati oleh orang yang lurus kerana keadilan tidak wujud dalam masyarakat yang menerima rasuah sebagai amalan"

Dunia yang menakutkan ini sebenarnya secara aktualnya telah dilalui sejak berabad lagi, hanya bentuk ketakutannya sudah sampai ketahap yang tercanggih bagaimana kecangihan tahap kejahatannya.

Kita amat rasa ngeri menonton kerusuhan minda manusia. Kehancuran moral melanda kita. Berjuta ketidakpedulian sosial yang menjangkiti masyarakat kita. Bantai membantai atas nama Agama yang dipolitikan -Ledakan 'gila kuasa' yang menjadi rebutan kekuasaan diantara tokoh-tokoh politik, semuanya itu merupakan kepedihan dan rasa bimbang kepada zuriat kita akan datang.

Malangnya kerakusan ini tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan, bahkan dianggap sebagai satu bentuk kebangaan. Perbuatan rasuah tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang hina tetapi satu kemuliaan kerana mendapat apa yang dihajatkan. Secara relatifnya, samalah perkosaan bukan lagi perbuatan dosa tetapi sebagai sebuah bentuk 'kejantanan'

Kini manusia telah terpukau kepada 'kecepatan','kesegeraan' memburu kuasa dan kekayaan. Mereka hanyut dalam kesenangan dan keperluan 'sementara' itu. Mereka berpindah dan bergerak cepat dari satu hasrat kepada satu hasrat yang lain tanpa mengira soal moral.

Dimanakah khalifah di muka bumi ini? Atau khalifah dimuka bumi 1Malaysia yang menjadikan dunia ini sesuatu yang menakutkan?

No comments:

Post a Comment