Monday, 20 July 2009

Muhyidin Dan Ghani Othman "Tong Kosong"


UTUSAN MALAYSIA.ISNIN 20 JULAI 2009
Muhyidin Yasin;
‘Tidak pegang prinsip MCA”

Ghani Othman;
‘Keputusan bekas Ketua MCA bahagian Bakri, Datuk Chua Ju Meng menyertai Parti
Keadilan Rakyat(PKR) tidak akan membangkitkan gelombang sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang di negeri ini”
“Tindakan itu tidak akan memberi kesan besar kepada scenario politik dinegeri ini”

Aku;BuanaSuara:

1.Inilah contoh penyakit kelamin pemimpin-pemimpin BN. Kalau ada seseorang kerabat yang keluar dan menyertai parti lain suka sangat merendah-rendahkan pilihan seseorang itu.

2.Jiwa AMBIL MUDAH. Tidak ada apa-apa. Semua beres.

2. Sepatutnya pemimpin yang bertanggungjawab memeriksa dan menyiasat dahulu kenapa seseorang itu lari dari perjuangan yang telah disertai puluhan tahun.

3.Jangan lekas membuat hukuman. Jangan ikut perangai PAS. Keluar sahaja seseorang itu dari parti mereka, terus dianggap sesat dan dihukum sebagai Ahli Neraka.

4.Dari segi prinsip mungkin seseorang itu tidak mendapat keadilan dari parti yang disertainya. Sebagai orang yang waras adalah satu kebodohan untuk kekal dalam parti yang gagal memberi keadilan kepada beliau dan kaumnya.

5. Mari kita lihat dari perspektif yang luas. Chua Ju Meng adalah bekas Menteri Kesihatan. Tidakkah terbayang dalam benak pemimpin bahawa yang keluar MCA itu bukan Ju Meng sebatang kara sahaja. Mungkin ramai lagi di Bahagian beliau. Dan mungkin ramai lagi diseluruh tanah airku 1Malaysia.

6.Apabila Ju Meng keluar parti dan menyertai gagasan lain ini bermakna beliau bukan sahaja tidak selesa dengan MCA tetapi mungkin sudah menyampah dengan BN atau mugkin menyampah dengan kerenah pemimpin UMNO yang menjadi tulang belakang BN.

7.Muhyidin bukan musuh Ju Meng. Muhyidin dan Ju Meng sama Johorean. Apa salahnya kalau Muhyidin bertanya khabar atas sifat kawan dan juga Timbalan Perdana Menteri Dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Dan juga pemimpin 1Malaysia.

8.Kalau begini gelagatnya, Muhyidin boleh diumpamakan sebagai sebuah “tong kosong yang menerima apa sahaja yang dituangkan kedalamnya”.

9.Memandang sesuatu perkara dengan perasaan remeh temeh adalah symptom gejala buruk melanda pemimpin BN. Ini terjadi kerana pertimbangan dalam melakukan atau menerima sesuatu bukan atas dasar baik buruk atau benar-salah sesuatu perkara itu tetapi lebih berasaskan kepada nafsu-serakah dan keuntungan singkat semata-mata.
Nota:

Selagi para pemimpin BN dan UMNO khususnya, tidak menukar corak pemikiran, sikap dan jiwa mereka ke arah kebebasan sebenarnya, merdeka dari segi bentuk pandangan-pandangan palsu, yang sesat lagi menyesatkan, dan fikiran-fikiran yang kolot lagi membahlolkan, UMNO dan BN akan menjadi sebuah parti pinggiran pada pilihanraya akan datang.

1 comment:

  1. Dunia politik begitulah.Sejarah MCA, ini bukan kali pertama bekas pemimpin tertingginya keluar dari parti itu. Samalah macam pemimpin UMNO yang keluar dan sertai PKR pun. Mereka sudah faham dunia politik ni. Nak dapat balik nama kena lah buat sesuatu yang luar biasa. Susahlah sikit kalau kita dah kalah ni. Cuba kalau menang. Najib pun bukan kedekut sangat kerusi di Kabinet..Muhyiddin sama-sama politician. Ayat beliau seolah-olah keputusan Chua Jui Meng adalah muktamad dan hanya bersifat sementara untuk meraih perhatian..

    ReplyDelete