Pementasan PRK Manek Urai sudah selesai. Tirai telah dilabuhkan. Keputusan sudah memihak. Parti-parti yang bertanding akan membuat ‘post mortem’. Tidak perlu tuding-menuding. Cari kelemahan sendiri dan cari dimana kekuatan lawan. Baiki diri masing-masing. Itulah demokrasi.
Demokrasi mestilah dilihat sebagai satu saluran untuk mengelak daripada berlakunya pemerintahan dictator. ‘Dictatorship’ ialah pemerintahan yang tidak ada penyekatan dan had dari segi undang-undang, perlembagaan dan factor dalaman sesebuah Negara. Ia seringkali dikaitkan dengan kezaliman, penindasan dan kekerasan kepada golongan yang diperintah, yakni rakyat.
Dalam konteks Islam, kepimpinan dictator amat terlarang. Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Lalu kaum Firaun menurut perintah firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul. Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat, maka ia akan membawa masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah neraka”
Dalam Negara kita demokrasi telah dijadikan mechanism kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka melalui pilihan sendiri. Dalam proses pilihanraya, rakyat berhak membuat penilaian dan hukuman keatas parti yang dirasakan tidak dapat memenuhi selera mereka. Sistem ini amat menjanjikan hak asasi manusia. Yang menjunjung tinggi nilai keadilan, kebebasan dan persamaan. Keadilan maksudnya, layanan yang diberikan kepada rakyat tanpa memilih kasih. Kebebasan pula meliputi kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat,berpersatuan dan berhimpun serta lain-lain yang disempadankan dengan undang-undang Negara. Rakyat dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan politik tanpa sebarang kongkongan dan sekatan. Mereka dialu-alukan menyumbangkan pendapat untuk meujudkan sebuah kerajaan.
Kalau ada lagi rakyat dinegara ini mengatakan system yang diamalkan Kuala Lumpu sebagai pemerintahan tirani dan dictator, orang sebegini adalah manusia penghasut no 1 di 1Malaysia, demi untuk menutup kelemahan mereka.
Dalam masa yang sama, demokrasi juga harus menjadi penghalang kepada wujudnya sifat ‘kemenangan total’ dan ‘ketewasan total’. Dalam persaingan politik mengikut demokrasi, sesebuah parti itu tidak akan kalah semua atau mennang semua kerana demokrasi menawarkan perebutan yang sihat dan sepatutnya tidak ada sebarang monopoli boleh berlaku.
Kalau fenomena ‘winner takes all’ dibenarkan ujud, rakyat yang akan menderita. Janji-janji pilihanraya yang telah dibuat tentunya sudah mengambil kira ‘allocation’ yang telah dipastikan. Yang menang wajib melunaskan janji-janji mereka dan yang kalah harus menguruskan janji-janji mereka dengan bijaksana agar rakyat diManek Urai kalau tidak boleh dijadi anak angkat pun, jadilah mereka anak tiri yang disayangi. Mungkin pada PRU 13 nanti mereka akan membuat ‘review’ yang boleh menguntungkan.
Saya tertarik dengan pandangan Mumtaz Ahmad dan I.William berbunyi:
“We do know that in a federal democratic system, one can easily avoid a zero sum game in which the winner takes all. In such a system, one can multiply winners; federal, state and local electoral democracy is a multistage voting process. So party may lose at the national level but win at the state and local level. At national level, an Islamic party may play the role of a loyal opposition. But at the state or local level, simultaneously, Islamic party may become the government, and the party in power at the national level may become the loyal opposition of Islamic party at the state level”.
Ini adalah contoh ulung yang mesti diwarisi oleh PAS dan UMNO. Mereka adalah parti yang mewakili bangsa Melayu. Demokrasi membuka suasana persaingan politik yang sihat, seimbang dan adil. Kedua-duanya adalah pemain yang SEKIAN LAMA menerima demokrasi kerana melalui cara ini, mereka kemungkinan menang dan memiliki kekuasaan sebagai kerajaan. Jika mereka kalah sekalipun, kekalahan itu bukan total, tetapi turut diiringi kemenangan. Jangan khianati rakyat.
Muhasabah dan sentiasa baiki diri kearah kecemerlangan. Rakyat wajib didahului. Prestasi akan dijelmakan semasa piliharaya. Itulah demokrasi.

No comments:
Post a Comment