OK!..Tahniah! pada UMNO Kuala Krai dan Tuan Aziz kerana berjaya mencalon dan dicalonkan. Terselamat dari Kertas Pencalonan ditolak secara teknikal.
Syabas..OK la tu..PAS Kuala Krai dan Fauzi. Pencalonan disahkan. Kalau kertas pencalonan ditolak atas sebab tertentu, rasanya gegak-gempita lah seluruh Negara..Kononnya 'SPR makan sebelah' dan rasuah. Macam-macam tuduhan terhadap SPR dan Kerajaan 1Malaysia.
Kalau Kertas Pencalonan Tuan Aziz ditolak OK. Gitu-gitu aje. Tetapi kalau Kertas Pencalonan Fauzi yang sangkut. Habis KO.. Semua pemimpin Pakatan dengan kerjasama Iblis , Syaitan di langit,laut dan darat akan menyalak.
Tuan Aziz OK. Kelulusan OK. Kerjaya OK. Tetapi UMNO Kuala Krai KO.
Khabarnya daripada 8 senarai nama yang diangkat Tuan Aziz yang terpilih. 7 lagi kata OK. No problem. Betulkah OK? takut nanti yang baki 7 ini secara berasingan akan membuktikan UMNO KO kalau tidak mereka yang bertanding.
Romzi kata semua sokong Tuan Aziz. OK lah tu. Nak tanya Romzi UMNO OK tak? UMNO Kuala Krai ialah tapak tempat Tuan Aziz berdiri. Tak goyang kah? Sayanglah!! calon yang berpotensi dikorbankan kerana kerakusan Romzi. Ingat!! kalau calon OK tetapi UMNO tidak OK semua akan KO.
PAS dan Fauzi OK. Ada 2 sahaja senarai nama yang diangkat oleh PAS Kawasan. Fauzi dan Mat Yie. Sama tak ngaji. Mat Yie OK. Fauzi tentu sekali OK. Mereka OK sebab mereka berdua tidak ngaji tinggi. Pun begitu mereka ada sijil persaudaraan diantara mereka. Hari pembilangan undi nanti ialah hari 'kovo' mereka.
PAS Kawasan tidak matikan cawangan untuk merebut Ketua Kawasan. Tentunya OK lah pada penyokong dan pendokong PAS.
UMNO Kuala Krai matikan cawangan kerana Romzi nak menang tanpa bertanding. OK lah, beliau sudah jadi Ketua Bahagian. Jadilah Romzi seorang general yang tidak ramai pengikut. Ingat budaya Melayu Kelantan...Orang Kelantan biasa dengar kata-kata, "biar tentu sammo sajjo", "Padan muka si polan sipolan". dalam konteks PRK Manik Urai "padan muka Romzi".
Siapa tahu PRK Manek Urai akan jadi medan 'kerat mengerat dan cah keting orang UMNO Kuala Krai. Dan mana tahu kalau-kalau ada orang-orang UMNO dari Bahagian lain yang voluteer untuk proses mengalakan UMNO kerana nak mengajar UMNO Pusat. Macam-macam boleh jadi. Daripada OK, boleh jadi KO. Daripada KO boleh jadi OK. Dunia ini pentas.Lebih-lebih lagi dunia politik.
Orang tua saya pernah berakat,"Sesiapa yang mengkhianati orang lain, hidupnya tidak akan aman dan tenteram selagi orang yang dianiayainya tidak tenteram". Mungkinkah ini akan berlaku pada Romzi dan UMNO Malaysia.
Jentera UMNO ramai. Kalau dapat kerjasama pemimpin tempatan OK. Kalau tidak dapat atau dapat kerjasama yang di'pura-pura'kan KO.
'Cah Keting' akan berlaku di Manek Urai. Kecil besar,sikit banyak, wallahualam. Ada tetap ada. Kerja-kerja macam ni tidak ada dalam PAS. Mereka OK.
Oklah..jumpa episod lain pula. Saya nak ke Manek Urai. OK.
pendapat suadara tentang kemenangan..lebih kepada parti mana?
ReplyDeleteBolehkah saudara memberi sedikit maklumat terkini di Manek Urai? Untuk saya panjangkan isu-isu ini sesama rakan-rakan bloggers di utara..tq..
TQ kerana sudi melawat dan sering melawat.
ReplyDeletesebenarnya I've been to MU yesterday. Lepas Penamaan Calon. Sempat hinggap dibeberapa rumah sahabat dan pengundi di sana.
Sempat bertemu calon PAS yang tidak dicalonkan. Kena drop.
Malam saya jumpa "kaki judi".
well, ringkasnya setakat ini majority PAS akan bertambah
1.Dalam konteks kepartian mereka tidak busuk hati diantara mereka.
2.Jentera BN masih belum tersusun.70% bantuan Jabatan.
3.UMNO sembelih lembu. Yang tolong melapahnya orang PAS. Ambil kaki lembu (sebagai upah) bawa balik ke pos PAS masak dan makan bersorak -sorai.
4.Bekas perajurit dijemput untuk beri RM 300 atas kad saraan hidup. Hadir hanya 24 orang daripada 80 orang..
5.Kaki judi sudah tidak bertaruh samada UMNO atau PAS yang menang. Tak laku. Mereka hanya sedia bertaruh samada majoriti PAS naik atau turun(maknanya berkurangan atau lebih).UMNO menang tidak ada pada bookies haram.
6.Sudah ada gerakan untuk kerah beramai-ramai pada majlis UMNO untuk dapat wang saku semata-mata.
CCZ more info through my email.
trima kasih banyak2 nik..sedih bc mklmt yg diberi..adakah perlukan apa2 bantuan dr blogger di utara?kalau lah kita semua boleh membantu di manek urai melalui alam cyber..
ReplyDelete1.Nothing much. Usahkan komputer, siaran TV pun ada tempat yang tiada liputan.Kalau ada pun penuh dengan bintik-bintik hujan.
ReplyDelete2.Itulah sebabnya saya menyarankan sayap-sayap UMNO supaya rajin-rajinlah merayapdalam kampus Universiti atau kolej.Tidak lain dan tidak bukan agar anak-anak orang kampung tahu apa UMNO telah buat,sedang buat dan akan buat.
3.Setahu saya dari maklumat anak-anak saya yang berada di Univ.Malaya,UiTm dan UIA bahawa pelajar-pelajar sentiasa diangkut oleh agen parti pembakang dan ditarbiahkan dipusat-pusat tarbiah mereka setiap hari minggu.Orang kampung akan patuh dan percaya kepada apa yang diceritakan oleh anak-anak mereka.Anak-anak mereka pula akan bercerita apa sahaja imput yang ditarbiahkan oleh parti pembakang.
4.Lord-lord dalam UMNO mungkin tak tahu sebab anak-anak mereka belajar di luar negara.
5.Kalau nak highlightkan kebobrokan kerajaan negeri yang diperintah PR orang Kelantan sudah 20tahun dibawah PAS.Isu tak makan punya. Kutuk Nik Aziz berlebihan 'backfire'.
6.Bloggers ada gap yang cukup jauh dengan orang kampung.Namum begitu bukanlah bererti kita tak boleh bantu. Cuba-cubalah mainkan isu Ugama dan bangsa. Apa dah jadi pada melayu disingapura dan Thailand. Lebih-lebih lagi Thailand bersempadan dengan Kelantan.
7.Soal DUN Manek Urai akan dijadikan anak angkat BN saya berani kata 'shit'. Sebab mereka akan persoal dan mengejek tak usah jadikan Manek Urailah....DUN-Dun dibawah BN tidaklah sehebat mana.
8.Apa pun kita harap kalau tak menang pun majoriti dapat dikurangkan.
9.Saya ada nenberitahu Dr.Azmi Setpol Dato Pa supaya cepat-cepat selesaikan masalah tertunggak di cawangan dan Bahagian bukan sahaja di Kelantan malah seluruh negara. Jangan tunggu ada Pilihanraya Kecil baru nak bomoh. Susah.Kalau penyakit selsema babi bagi vaksin selsema babi.jangan bagi vaksin selsema burung.Ikut perlembagaan without fear or favour.
Kita kena lakukan sesuatu juga. BTN perlu memainkan peranan yang lebih penting sekarang. Kadang-kadang kita mengambil ringan dengan benda-benda macam nie sedangkan pembangkang dah lama dah mempengaruhi dan merosakkan minda anak-anak muda. Kita berharap mereka pi belajar tapi pembangkang tidak.Nik, thanks banyak-banyak..nanti saya e-mail pada Nik ttng apa-apa maklumat. Nik pun e-mailkan pada saya juga k..
ReplyDelete