Thursday, 23 July 2009

Para Sahabat Iblis Dalam UMNO


Penegasan Azlan(Sultan Azlan Shah, Sultan Perak).Merupakan hakim mahkamah tinggi yang termuda dalam Komanwel pada tahun 1965 ketika berumur 37 tahun. Menjadi Ketua Hakim Negara pada umur 54.

- Selagi kerajaan dan pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang, dilaksanakan secara telus dan terbuka, tidak ada mahkamah yang boleh menyalahkan kerajaan.

- Melainkan terdapat hakim yang hilang integriti atau memilih untuk turut berpolitik atau bersimpati dengan mana-mana kumpulan atau pemikiran politik.

- Ujian utama dan paling berat kepada para hakim adalah memiliki sifat tidak memihak terutama daripada segi emosi dan kecenderungan

- Perlu dipertahankan peranan kehakiman yang profesional dan berintegriti serta bebas dari pengaruh mana-mana pihak.
Buanasuara:

i. Sekali peristiwa menurut riwayat Wahab bin Munbih, Allah memerintahkan kepada iblis supaya menemui Nabi Muhamad S.A.W. dan menjawab semua pertanyaannya. Ia pun mengunjungi baginda dengan menyamar sebagai seorang tua Bangka memegang sebatang tongkat.

Nabi bertanya: “Siapa anda?"
“Aku Iblis”,jawabnya.
“Apakah maksud mu kemari?” tanya Rasulullah.
“Tuhan memerintahku supaya menemui mu dan menjawab semua pertanyaan mu”, jawab Iblis.

Selanjutnya Rasulullah S.A.W. bertanya, “Berapa banyak kawan-kawan mu dari umatku?”

Jawapan dari Iblis ialah:

1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Penghasut pada orang lain

ii. Ada 10 jenis manusia semuanya. Sengaja saya fokuskan kepada 3 katagori di atas. 3 jenis manusia dalam satu. 3 in 1 ini kata orang putih ‘Over crowded’ dalam komuniti kita lebih-lebih lagi dalam parti-parti politik 1Malaysia.

iii.Hakim yang dimaksudkan disini tidak semestinya Hakim berbagai Mahkamah yang ada di 1Malaysia. Ia juga meliputi seseorang atau kumpulan manusia yang telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan menyelesaikan sesuatu pertikaian yang wujud antara dua pihak atau lebih. Kalau dalam organisasi UMNO ialah Majlis Tertinggi UMNO. Secara yang lebih spesifik ialah Setiausaha Agung UMNO. Dalam Pemilihan UMNO dahulu Tg Adnaan Mansor banyak mempengaruhi keputusan MKT dengan lapuran yang ‘sengit sebelah’ .Banyak memihak kepada rakan taulan beliau. Menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada UMNO seluruh Negara;tidak selesai-selesai hingga kini. Contoh jelas ialah di UMNO Bahagian Tanah Merah, Larut, Tenom dan lagi dan lagi 1Malaysia.

iv. Kalau dalam PAS TGNA. KeAdilan Nuar Braim. Lain-lainnya termasuklah Penasihat Undang-undang UMNO yang diberi jolokan ‘Jalok’ oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Tanah Merah . Seorang lagi ialah Setiausaha Kerja UMNO pusat yang telah terbuang. Dan Ketua-ketua Perhubungan yang ‘melepas tangan’ dalam krisis anak buah serta Ketua-ketua Bahagian merata 1Malaysia.
v. Lembaga Disiplin UMNO tidak terkecuali.
Konkusifnya; setiap kaum yang berhasrat untuk hidup dan terus mengecap kemajuan haruslah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai dalam penghidupan harian.Nilai-nilai murni yang bersifat universal seperti kepercayaan kepada Tuhan, keikhlasan,amanah, keyakinan pada diri sendiri, ketelusan, kebertanggungjawaban dan keunggulan dijadikan pedoman. Nilai-nilai murni sahajalah yang mampu memandu pemimpin dan organiasi ke arah kesyumulan dan kecemerlangan.
Orang-orang yang munafik:
a)Jikalau bercakap,suka cakap dusta
b)Jikalau berjanji, tidak menapati janji
c)Jikalau dipercayai, suka mengkhianati
d)jikalau diberi amanah, tidak memegang amanah.
Mereka sentiasa membaurkan yang hak dengan yang batil. Jauhilah pegawai-pegawai begini. Perbetulkan segera organisasi dengan baik.

No comments:

Post a Comment