Dahulu dan sedulu-dulunya, setiap pilihanraya kecil atau besar, BN tidak ada masalah untuk menang. Bukan menang semenang-menangnya, malah dengan majoriti yang besar dan sebesar-besarnya. Kadang-kadang calon pembangkang hilang deposit.Tetapi itu semua sudah menjadi sejarah. Tidak ada lagi pada UMNO dan BN.
Dahulu, pemangkang sangat fobia pada pilihanraya kecil. Sekarang terbalik. UMNO dan BN pula bukan setakat takut malah ngeri disetiap pilihanraya Kecil. Susah nak menang. Malah PR pula syok pada setiap pilihanraya kecil. Mereka semakin mencipta sejarah. Sentiasa menang.
Dahulu, kalau ada pilihanraya kecil pembakang selalu teragak-agak untuk turut serta. Sekarang UMNO dan BN sentiasa 'contempleting'. Nak masuk atau tidak.Masuk atau tidak. delima. Masuk kalah. Tak masuk dayus. Pengecut. Pondan. entah apa-apa lagi.
Kini UMNO dan BN sedang sakit. Sangat-sangat sakit. Denyutan jantungnya semakin lemah. Mungkinkah penyakit ini akan berterusan?Atau riwayatnya akan pergi selama-lamanya.
Ada orang kata sakit lawannya mati. Salah. Sebenarnya sakit lawannya sembuh. Sihat semula. Hendak sihat ada syaratnya. Kena ada usaha mengubatinya. Kena ubat yang sesuai akan sihat semula. Sihat semula tidak menjamin akan sihat selama-lamanya. Pendek kata segala-galanya ada peraturan. Ikut peraturan boleh hidup panjang. Tak ikut gerenti mati .
Peraturannya mudah. Jangan ulangi kesilapan lepas. Jangan dipatuk ular dua kali di lubang yang sama. Sekali pengalaman. Kali kedua ditempat yang sama bodoh namanya. Namun demikian UMNO masih belum terlewat untuk kembali sihat dan menang.
Memetik kata-kata Ulama besar Sheikh Abdullah Fahim;
"Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredhaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khainat dan tamak akan dimurkai Allah akhirnya menjadi hina"(Mokhtar Petah - Sheikh Abdullah Fahim Penentu tarikh kemerdekaan Negara 31 Ogos,1957,Pustaka antara 1997.)
Kena ingat kalau laknat ditimpakan. Ia bukan hanya menimpa atas kepala pengkhianat sahaja. Malah akan turut menimpa keatas orang yang lain-lain juga. Itulah sebabnya, kita tidak harus membiarkan apa sahaja dibuat oleh pemimpin kita semata-mata atas alasan sayangkan parti. Sayang seperti itu tidak ada makna. Tidak kena tempat. sebab kita akan turut menjadi mangsa laknatullah.
Kita kena bangkit menjadi pendesak. Terus mendesak dengan apa cara sekalipun. sehingga pemimpin itu sedar kesilapan dan kealpaan mereka terhadap janji dan tugas mereka kepada rakyat yang dipimpin dan janji mereka kepada Allah.
Mari kita yang setia pada perjuangan memaklumkan kepada pemimpin kita sekiranya masalah yang boleh membawa maut kepada parti tidak diselesaikan segera, kita akan ramai-ramai keluar parti. Bukan menggugut tetapi memaklumkan. Kita juga tidak akan menyertai mana-mana parti. Tetapi kita akan hanya menyertai semula UMNO setelah UMNO tegas dengan tindakan sebagaimana peruntukan dalam perlembagaan parti. Tidak ada pilih kasih. Sebagaimana yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir pada Pak Lah dahulu. Takkan ini pun perlu diajar oleh Tun.
Ahli-ahli UMNO Tanah Merah akan lakukan ini selepas Pilihanraya Kecil Manek Urai nanti. Saya akan mengepalai desakan ini. Kalau tidak saya yakin UMNO akan menipu kita dengan semboyang 'perjuangan yang belum selesai'. Perjuangan tidak akan selesai kalau tidak mulakan dari sekarang. Mungkin akan menbah kusut masai lagi.
Kita tidak mahu ditimpa musibah dan bencana akibat kecuaian mereka. Saya yakin pemimpin tidak mahu jadi pemimpin yang tidak ada pengikut. Tindakan begini akan menjadi katalis dan ubat kepada penyakit yang dihadapi UMNO.
Apa yang saya lihat UMNO suka menunda dalam melakukan yang terbaik kepada parti. Mungkin atas muslihat melindungi penjahat. Atau mungkin tidak mahu parti dilihat sakit. Itu semua adalah tindakan pemimpin yang lemah. Biar papa asalkan bergaya. Ini adalah penyakit mental yang harus dinyahkan segera.
Arwah Tun razak meninggal dunia akibat serangan penyakit leukimia. Najib sihat tetapi beliau biarkan UMNO diserang Leukimia. Apakah kita mahu sejarah tercipta dimana PM dari UMNO meninggal kerana Leukimia dan Anak PM yang meninggal kerana leukimia membiarkan UMNO mati kerana leukimia.
No comments:
Post a Comment