- DATUK SERI SHAFIE APDAL - menyarankan ahli-ahli UMNO hentikankan perbalahan merebut jawatan.
- DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI -Pendekatan secara peribadi perlu ditekankan dengan memberi keyakinan yang UMNO adalah sebuah parti jauh lebih baik daripada parti pembakang.
Buanasuara:
- Orang putih kata "let bygones be bygones" itulah barangkali yang tersirat dalam kalbu mereka. Mereka berdua telah mengutarakan seruan yang baik. Jangan sesiapa nafikan. Bermaaf-maafan itu tuntutan Agama. Dalam hal ehwal hidup orang muslim digalakan supaya bersatu serta sentiasa berusaha mengeratkan silaturrahim untuk membina umat yang terbaik. (peacful co-existence)
- CUMA mereka berdua lupa membawa ubat penawar yang betul. Penawar yang betul tetapi diberikan kepada yang tidak sakit pun tak betul juga. Yang betul ialah beri penawar yang betul-betul diberi kepada pesakit yang betul-betul sakit dan telah dikaji jenis penyakitnya dengan betul-betul. Dulu pernah saya sebut dalam posting saya UMNO hendaklah memberi ubat yang sesuai untuk mengubati UMNO. Kalau UMNO kepialu jangan beri ubat kolera atau H1N1.
- Mereka berdua terlepas pandang kepada dua aspek tabiat orang melayu. Pertama orang melayu sering merajuk kalau dia tidak dapat sesuatu yang dituntut sebagai haknya. Kedua, mereka boleh mengamuk apabila merasai dirinya tertekan oleh sesuatu yang dianggapnya tidak adil.
- Yang bertelingkah sebenarnya bukan ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Perwakilan. Yang bertembung ialah pemimpin Bahagian. Yang mengajar bersuku-suku dan berkabilah ini ialah pemimpin yang ada kuasa wang. Mereka telah mewujudkan dua temadun . Moral dan tidak bermoral.
- Wang ringgit dan kekayaan sudah menjadi asas nilai kedudukan dan darjat seseorang. Benar dan palsu ditentukan oleh wang ringgit dan kuasa. politik wang dan wang politik adalah amalan silih berganti.
- Demi kekuasaan orang UMNO sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan keadilan melalui perlembagaan diabaikan. lalu sanggup membuli siapa sahaja yang boleh menghalang cita-cita mereka. Keangkuhan inilah menjadikan mereka 'Big Bully' yang mendera sesiapa sahaja. Seperti tingkahlaku 'mafia'.
- Walhasilnya UMNO berbelah dengan berbagai suku dan puak. Diperingkat cawangan berpuak, Bahagian berpuak, pusat pun berpuak. Maka jadilah puak-puak UMNO entah berapa bilangan kabilahnya. Ini Zahid kena buat statistik kerana beliau telah ditugaskan oleh UMNO pusat untuk merangka program motivasi kepada barisan kepimpinan UMNO.
- Senjata ampuh mengubatinya UMNO ialah 'Keadilan' kepada yang hak.
Penyakit UMNO hanya dapat diatasi oleh para pemimpin yang berjiwa Islam yang beriltizam, berwawasan, berani, tegas dan tinggi tekad politiknya.Tanpa tekad dan tolakan politik untuk menyelesaikan permasalahan ini mengikut 'ramuan ubat' yang telah disarankan, masa depan UMNO tidak akan kemana-mana. Betapa banyak cadangan dan gesaan berbagai-bagai pihak, namun jika kepimpinan UMNO itu layu,lesu,lemah,korup angkuh dan mementingkan diri sendiri semua gesaan itu akan lenyap diawang-awangan.
Sanggupkah Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Zahid memecat atau setidak-tidaknya mengambil tindakan terhadap rakan taulan yang merentasi sempadan Perlembagaan Parti? Kalau tidak berani, usah beretorik. Malaikat pun tidak mampu memberi keyakinan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang baik.
AHLI-AHLI BIASA UMNO TIDAK AKAN DAPAT BERBUAT APA-APA KECUALI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DI PUNCAK PWTC.
Rasanya memang dalam politik mana boleh tak ada pengikut dan penyokong.Istilah rakan menjadi musuh, musuh menjadi kawan memang ada. Yang paling banyak manis di depan masam di belakang. Saya pernah berada dalam gelanggang politik dalam sayap termuda. Susah sebenarnya nak cari ikhlas. Yang ada nak 'balas'.Tapi setuju benar..mudah merajuk kalau tak dapat apa-apa..utk org-org macam ni, saya lebih suka cakap 'merajuk pi lah..takdak sapa nak pujuk'..Orang tahu dan boleh nilai siapa kita melalui sikap kita terhadap orang sekeliling..
ReplyDeleteCCZ,
ReplyDeleteSetuju..kalau merajuk untuk mendapat sesuatu bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga, biar mereka pi jauh-jauh. Jangan kacau UMNO.
Tetapi kalau mereka merajuk dan jauh hati kepada UMNO kerana tidak dapat keadilan dan hak,WAJIB diselesaikan secara adil mengikut lunas-lunas yang ditetapkan dalam perlembagaan parti.