Sunday 5 July 2009

3 Jahanam Di 1Manik Urai

Seperti biasa,bila ada pilihanraya kecil maka bertali-aruslah pekerja-pekerja parti datang bertandang. Kampung yang dulunya penuh dengan pacat dan lipan kini menerima tetamu yang beranika rupa. Ada 'lintah darat' , 'buaya darat' dan ada yang ngaku Wali Allah dan sebagainya. Setan dan iblis berwajah manusia pun ada. Masing-masing dengan senyum manis dan janji manis tersendiri.

Kampung yang dulunya aman tiba-tiba jadi tumpuan seluruh Negara. Macam-macam ada. Ada sarban besar . Ada sarban kecil.Ada songkok tinggi. Ada songkok rendah. Ada kopiah lembik dan ada juga kopiah keras. Begitu juga lafaz ‘assalamualaikum’ dan ‘insyallah’ mengalahkan bisikan nyamuk ditelinga.. Rumah yang dulunya RM 50.00 sebulan pun tidak ada yang nak sewa. Sekarang bangsal tunggu durian pun disewa. Melambung sampai RM 5,000 hingga RM 10,000.00 sebulan. Biasalah Hukum Kanun Ekonomi kata ‘demand and supply’. Rahmatnya orang Manik Urai. Dulu menoreh sendiri. Sekarang dah jadi mandur. Ramai datang membantu.

Esok hari penamaan calun. Ramai lagilah yang akan hadir. Ada yang hadir kerana komitted dengan perjuangan parti. Ada juga turut hadir untuk tunjuk-tunjuk muka. Biasalah bersalam berkali-kali sesama sendiri dan muka yang sama. Kadang-kadang dengan driver sendiri pun bersalam. Pendek kata kalau tangan dan kaki manusia ini jenis haus, agaknya tangan dah jadi pendek sampai ke siku dan kaki pun haus sampai ke lutut kerana kuatnya bersalam dan berjalan. Lepas pilihanraya balik kampung anak isteri dah tak cam lagi kerana semuanya dah pendek.

Setakat ini UMNO kata UMNO boleh menang. PAS kata Pas boleh menang. Semua yakin. Semua syok sendiri. Macam penyanyi karaoke, nyanyi sendiri nilai sendiri. Bacaan orang-orang UMNO mereka boleh menang. UMNO memang bijak membaca tetapi sayangnya tidak bijak membilang. Baca menang ‘sokmo’ bila sampai hari membilang undi kalah ‘sokmo’. PAS pula pandai baca dan pandai bilang. Saya tahu kerja orang PAS. Mereka kerja sukarela dan komited. ‘Head Count’ mereka lebih tepat. Itulah bezanya dua parti Melayu ini.


Mungkin ramai yang kesana tidak faham budaya orang kampung. Sebenarnya orang Manik Urai adalah ramai yang berharta. Asalnya mereka adalah peneroka tanah haram sewaktu pemerintahan Dato’ Asri. Kemudiannya diberi geran oleh kerajaan. Kebun getah dan dusun berekar-ekar. Tidak beli kereta tetapi ada basikal ‘unta’ bawah rumah. Dulu sekali-sekala ke Kuala Krai untuk tukar wang kecil kepada note seribu. Senang simpan bawah tikar. Sekarang rasanya simpan dalam Tabung Haji. Itulah secara ringkasnya pengundi di Manik Urai.

Berbalik pada kisah UMNO. Setahu saya waktu pemilihan UMNO Bahagian dahulu, Dato Ramzi telah ‘matikan’ lebih kurang 28 cawangan daripada 40 cawangan UMNO di DUN Manik Urai. Maka menanglah Dato’ Ramzi dengan gahnya tanpa bertanding. Dan tersohorlah Dato Ramzi dikacamata orang-orang PWTC sebagai salah seorang wira UMNO yang hebat tiada tandingnya. Ramzi yang sedia bulat jadi bertambah bulat. Lukanya hati 28 Cawangan ini dibiarkan luka dan berulat. Dinobat sebagai Ketua Bahagian itu lebih penting. Orang yang berkonspirasi dengan Ramzi ialah tidak lain dan tidak bukan Tan Sri (dianugerah Tan Sri sebagai membalas jasa UMNO kalah teruk di Kelantan)Annuar anak Lebai Musa dan Pengerusi Pemantau Perhubungan, ‘Blue eye boy’ Tan Sri Nuar iaitu Tuan Hashim yang pada ketika itu ialah seorang yang bankrupt. Mereka bertiga inilah yang membankrupkan UMNO Manik Urai dan seluruh Kelantan.

Kalau UMNO yang mewakili BN tewas nanti bukan salah Dato’ Mustapha. Beliau yang menerima pesaka yang sudah dihancur leburkan oleh Nuar Musa dan khadamnya Tuan Hashim. Sekirannya menang di Manik Urai ‘tabik spring’ kena bagi pada Dato’ Pa kerana Berjaya bagi ubat pelali kepada 28 Cawangan ini. Tetapi setakat ini dengarnya 28 Cawangan ini masih enggan makan ubat walaupun dipujuk. Mudah-mudahan Dato Pa Berjaya memujuk. Semoga PRK Manik Urai memberi ilmu kepada Dato’ Pa cara-cara mengubati hati yang luka di Bahagian-bahagian lain di Kelantan.

Kesimpulannya, Mana-mana Bahagian UMNO dimana ketua Bahagian menang tidak bertanding bukan mencerminkan UMNO bahagian berkenaan itu kuat. Malah lebih teruk daripada Bahagian dimana ketua bahagian dinobat hasil daripada pertandingan.

Sepatutnya Bahagian UMNO dimana Ketua Bahagiannya tidak bertanding tidak ada masalah berdepan dengan parti yang turun daripada langit sekali pun. Inilah gara-garanya hendak puashatikan Ramzi seorang, UMNO Manik Urai punah-ranah.



2 comments:

  1. biasalah tu.melayu yg akan merosakkan kekuasaan melayu.pastinya salah melayu itu sendiri.tq

    ReplyDelete
  2. Terima kasih RAM kerana sudi berkunjung.Wassalam

    ReplyDelete