Tuesday 21 July 2009

Kalau Dah Jodoh:UMNO,PAS Kena Ikhlas.

AFP - Tuesday, July 21
LONDON (AFP) - - A British man and his Spanish former sweetheart have finally married 16 years after they drifted apart, reunited by a love letter lost behind a fireplace for over a decade, reports said on Monday.
Steve Smith and Carmen Ruiz-Perez, both now 42, fell in love 17 years ago when she was a foreign exchange student in Brixham, southwest England, and got engaged after only a year together.
But their relationship ended after she moved France to run a shop in Paris.
A few years later, in a bid to rekindle their love, Smith sent a letter to her mother's home in Spain. It was placed on the mantelpiece, but slipped down behind the fireplace and was lost for over a decade.
The missing missive was only found when builders removed the fireplace during renovation work.
"When I got the letter I didn't phone Steve right away because I was so nervous," Ruiz-Perez told the Herald Express local newspaper.
"I nearly didn't phone him at all. I kept picking up the phone then putting it down again.
"But I knew I had to make the call."
When they were reunited, it was as if time had stood still, said Smith, a factory supervisor.
"When we met again it was like a film. We ran across the airport into each other's arms. We met up and fell in love all over again. Within 30 seconds of setting eyes on each other we were kissing.
"I'm just glad the letter did eventually end up where it was supposed to be," he said, after the couple married last Friday.
Buanasuara:

1.Moga-moga adegan ini berlaku ditanahairku 1Malaysia diantara PAS dan UMNO. PAS dan UMNO telah terpisah semenjak 1951. Ini bermakna perpisahan sudah berusia 58 tahun.
Anak-anak Melayu telah membesar dalam asuhan kelompok Melayu yang telah berpecah. Alangkah syahdu dan bahagianya kalau 2 parti ini dapat duduk sekampung kalau tidak serumah pun. Kita menyeru kepala-kepala bapak yang menerajui kedua-dua parti ini menyedari bahawa,"Religion is meant to be a cause for people to come together,and should not be a cause of discord and misunderstanding among us".
2.Nik Aziz jangan jadi macam 'Penasihat Si Kumis Kontot'. Janganlah halang generasi sekarang nak berbaik-baik. Jangan lah bawa generasi sekarang balik macam zaman jahiliyah duhulu. Sewaktu itu puak-puak arab sentiasa bergomol diantara satu sama lain turun-temurun. Pantang bersua muka,tetak-menetak dan bunuh-membunuh berterusan berlaku. Sehinggakan generasi terkemudian tidak tahu apa puncanya mereka berkelahi memanjang.Yang mereka tahu bahawa zaman tok nenek mereka lagi berperang dan bermusuh.
3.Nik Aziz selalu kata Islam adalah Agama progresif, penuh dengan dinamisme dan keistemewa tersendiri. Mana dia keistemewaannya kalau asyik menghalang umat bersatu.
4.Mungkin Nik Aziz lupa
  • Sabda Rasulullah s.a.w. "Barang siapa menghendaki mengerjakan sesuatu lalu dia bermesyuarat dengan seorang muslim, maka Allah akan memberi taufik baginya untuk memilih yang paling baik baginya"
  • Allah S.W.T. telah memerintahkan supaya umat Islam mengamalkan prinsip syura melalui firman-Nya bermaksud "Kerana itu maafkanlah mereka,mohonlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya,Allah menyukai kepada orang yang bertawakal kepadanya" (Ali Imran:159)

5.Kita menyeru kepada semua anggota parti UMNO dan PAS supaya menyambut setiap program kearah dialog yang memberi menafaat kepada umat. janganlah kita bertanya berapakah untungnya yang akan kita perolehi daripada perjuangan ini,tetapi tanyalah berapa banyakkah sumbangan yang akan diberikan lagi supaya perjuangan penyatuan ini dapat direalisasikan.

2 comments:

  1. kadang-kadang boleh tahan sabar tapi kekadang meletup juga..ingat senang berbual malah berkawan dengan seseorang yang berlainan pendapat dan berpartian..hehe..

    ReplyDelete
  2. CCZ,
    ha..ha..banyak lagi cabaran-cabaran masa depan.Jaga hati dan minda baik-baik. Think positif.

    ReplyDelete