Saturday 18 July 2009

Anwar,Lim And Son, Azizan; Bagaikan Si Kudung Dapat Cincin


Rakyat harus sudah boleh menilai kerenah Pemimpin-pemimpin PR. Sepanjang pemerintahan sejak PRU 12 lalu tidak ada perkembangan positif yang diterapkan kecuali berpolitik siang dan malam.

Itulah sebabnya apabila berlangsungnya Pilihanraya, kecil atau umum rakyat wajib meneliti dan mengkaji baik buruknya seseorang calon atau sesebuah parti itu untuk dipilih. Jangan syok pada parti semata-mata.

Setakat ini kita dapat menyaksikan politik celaru Kerajaan Negeri Perak sehingga wujud Sidang Bawah Pokok dan sebagainya. Kanak-kanak tadika pun tertawa. Macam iklan sidang parlimen dalam kempen susu di TV satu waktu dahulu.

Gantung-mengantung Ahli Dewan berleluasa disana sini dalam negeri-negeri yang diperintah PR. Akhir-akhir ini Dr Khir Toyo dan anak buahnya digantung Dewan di Selangor. Bukannya hendak menjadikan Dewan yang mulia sebagai tempat bertukar-tukar pendapat untuk kebaikan rakyat tetapi dijelmakan sebagai tempat usir mengusir. Macam si Kudung dapat cicin.

Begitu juga Kisah Babi di Kedah tidak habis-habis. Isu sekecil itu pun jadi porak-peranda habis seluruh rakyat Kedah.

Di Pulau Pinang, bukan setakat Industri Buah Pala tidak berkembang, malah Kg Buah Pala pun dah tergadai. Itulah kehebatan yang di uruskan PR.

Setakat ini apa yang kita lihat bukanlah satu krisis. Ia Cuma satu isu. Pengurusan satu-satu isu yang kecil kalau tidak tepat tindakan dan pengurusannya akan menjadi krisis yang merugikan.

Demikian juga kalau isu yang melibatkan personaliti dari PR, akan di sudahi dengan demontrasi. Kalau katak belaan PR mati kerana perbuatan sendiri pun rakyat dikerah berdemontrasi. Tidak setakat berdemonstrasi malah melaung-laungkan macam orang histeria untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Ini adalah cerminan kebobrokan minda pemimpin PR.

Lain kali pilihlah calon-calon dan pemimpin yang mempunyai ‘the right talent’ atau bakat yang betul kerana mereka mementingkan ‘good heads and good legs’ –yakni otak yang baik dan tindakan yang betul. Pemimpin-pemimpin yang mempunyai bakat yang baik lazimnya mempunyai matlamat yang jelas.

Di Negara kita ada 4 kepercayaan agama yang dominan; iaitu Addinul Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Kesemuanya menentang kezaliman. Jadi perlu apa kepada demonstrasi?

Mereka harus berpegang bahawa dalam kesusahan itu ada penyelesaian-‘when there is a problem, there is always a solution’. Masyarakat memerlukan pemimpin yang mahir dalam ‘problem-solving, decision-making dan art of negotiation’, bukan berdemonstrasi memanjang.

Kalau Shintaro Ishihara berani menulis , The Japan that Can Say No, kita juga ingin membuktikan bahawa kita adalah bangsa besar dan bangsa gagah yang tidak tunduk kepada unsur-unsur yang merugikan kita, melalui seruan kepada rakyat Malaysia dengan slogan “The Malaysian that will Never say Yes Sebarangan”.

2 comments:

  1. Budak baru bertatih. Bila dah pandai bertatih akan mula berjalan dengan baik dan terus berlari. Si kudung akan tetap akan anggap cincin itu berharga. Jangan terperanjat jika si kudung sudah ada tangan dan jari-jari palsu. Makin lama mereka akan semakin tegal bagaimana memerintah. Jangan sambung tidur. Ranapkan mereka melalui tinta dan media.

    ReplyDelete
  2. CCZ,
    Tangan dari jari palsu tidak ada deria rasa. sentuhannya tidak ada feeling.
    Kita jaga tangan dan jari UMNO agar kembali kepada perjuangan asal. Hapuskan pemimpin yang hanya impikan untuk jadi ketua bagi memperkayakan diri sendiri sahaja.

    ReplyDelete