Friday 31 July 2009

Muhyidin Penglipur Lara



"Rakyat sedar Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat berdepan dengan perpecahan menjelang pilihanraya umum akan datang"
(Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri/Timbalan Presiden UMNO/Pengerusi Pengurusan Pati UMNO Malaysia)
Buanasuara;
~Kita sudah jemu mendengar kata-kata yang bersifat dendangan seorang penglipur lara. Sesungguhnya kalau UMNO mempunyai pemimpin begini, perjuangan kita rosak bukan kerana musuh, tetapi kerana bubuk yang berada dalam UMNO.
~Itulah agaknya Muhyidin masih lagi tidak mengambil sebarang tindakan untuk membetulkan parti terhadap gejala rasuah yang berleluasa semasa pemilihan lalu.
~Muhyidin masih menganggap ahli-ahli UMNO dan rakyat ini macam 'lembu kerikil; hidung ditindik,punggung dibantai'. Cakap apa sahaja orang akan angguk-angguk.
~'Perfect example' seorang pemimpin yang mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Membuat kesimpulan yang mudah melalui kaedah kajian seorang pemalas. masih dibuai lena dengan pangkat dan darjat.
APAKAH UMNO SEKARANG SUDAH PADU DAN JITU?
~Kalah tipis di Manek Urai bukan boleh dijadikan 'benchmark' bahawa UMNO sudah ada kekuatan.
~Rakyat juga sedar apa yang berlaku dalam UMNO?

4 comments:

  1. Apa yang perlu dilakukan untuk menyedarkan pemimpin didalam UMNO yang sewaktu dengan Mahyuddin?

    Hempok kepala diorang ni dengan tali ikat lembu ?

    Adam

    ReplyDelete
  2. salam buana..nampaknya Buanasuara macam tak puas hati saja dengan Muhyiddin..Bagi CCZ, beliau seorang pemimpin yang bagus, menteri yang teliti dan pejuang UMNO yang tulen. Beliau bercakap dalam nada dah masak dengan dunia politik. UMNO dan BN kuat dalam masa 4 bulan selepas peralihan kuasa disebabkan gabungan mantap dan teliti di antara Najib, Muhyiddin dan barisan kepimpinan UMNO yang lain tolak hanya KJ...kui kui kui..maaflah..memang CCZ anti KJ..

    ReplyDelete
  3. Anonymous...(Adam)
    Tak payah buat camtu. Kan lidah dan akal lebih tajam daripada pedang..

    Untuk keadilan berkatalah 'without fear or favour'. Saya mengajak semua yang sayangkan UMNO menyerang sesiapa sahaja yang lembik dalam memerangi rasuah baik dalam parti atau kerajaan.

    Amalan rasuah ni bukan seperti jenayah lain,jika dibiarkan ia boleh diterima sebagai amalan biasa dan dilakukan secara terbuka.Kemudian sukar dikikis.

    Akhirnya: KEADILAN TIDAK MUNGKIN DINIKMATI OLEH ORANG YANG LURUS KERANA KEADILAN TIDAK WUJUD DALAM MASYARAKAT YANG MENERIMA RASUAH SEBAGAI AMALAN.

    ReplyDelete
  4. CCZ,

    1.Menjadi tugas seorang timbalan Presiden UMNO untuk mengurus UMNO. Kebetulan pula Muhyidin diberi tugas itu.Kalau orang lain ditempat Muhyidin pun inilah buanasuara.Itulah suaranya dan itulah bahasanya.

    2.Apakah beliau patut menolak sesuatu tuntutan yang adil semata-mata menjaga nama baik beliau.

    3.Apa akan jadi kalau nanti ramai ahli UMNO dan rakyat mengatakan Muhyidin juga bapa rasuah. Rasuah yang menghalang penghapusan rasuah adalah rasuah yang jijik sekali.

    4.Sejarah 'King Ghaz'(Ghazali Shafie) sanggup tidak popular dalam membenteras anasir komunis dalam UMNO dahulu.UMNO selamat tetapi beliau akhirnya terpinggir.Pun begitu beliau tidak merana malah dijulang oleh sejarah sebagai penyelamat UMNO walaupun tidak didendangkan.

    maaf kalau saya salah..

    ReplyDelete