Monday 27 July 2009

Nik Aziz Dan Surah Setan Netanyahu

BUANA SUARA: 1Destini : Nik Aziz,Netanyahu dan Iblis:

Nik Aziz Kefakiran Intelek - entri buanasuara pada 22/jun/09(Replay)

Aku tidak percaya kerenah Nik Aziz Nik Mat. Beliau tidak ‘degil’ tetapi ‘istiqamah’ katanya. Sebenarnya dia bukan istiqamah, tetapi lemah. Lemah mental.Nik Aziz mengalami ‘kefakiran intelektual’.Gagal mentafsirkan secara berhikmah sesuatu gagasan para sahabat dalam partinya sendiri.

Nik Aziz Nik Mat boleh berubah wajah sekelip mata sahaja. Beliau tidak jauhari dan jauh lagi dengan budiman, dalam bertindak. Ini menjadikan dirinya seorang pemimpin yang lemah dan daif menyebabkan hilangnya harga diri dan martabat sebagai seorang pemimpin yang diperlukan muslimin sepanjang zaman.

Nik Aziz bukan seorang pemimpin Islam yang mempunyai idea. Mampu anjak paradigma dgn maksud “A change to a new political game with a new set of rules”. Satu kerangka bersifat ‘worldview yg abadi dan holistik’.

Beliau didalangi penasihat-penasihat yang ada kepentingan politik dalam Pas. Pemain-pemain ini akan berikhtiar melakukan sesuatu yang boleh mengubah cara berfikir Nik Aziz Nik Mat dalam sesingkat masa. Nik Aziz akan dijadikan sebagai ‘bomb jangka’ mengikut rentak dan timing para penasihatnya.

Sifat seorang pentadbir Islam yang baik akan melihat sebarang tindak-tanduknya dalam mengeluarkan pandangan melalui Islam worldview. Tetapi Nik Aziz melihat politik dengan 2 kacamata iaitu ‘inferior’ dan ‘emosi’ tanpa sempadan.

Umur beliau juga kena diambil perhitungan. Saya kira beliau seorang yang nyanyuk. Gagasan besar tidak boleh mengambilkira pemikiran orang yang nyanyuk.Contoh nyata; (Berita Harian-isnin 27 April 2009)…..

Nik Abdul Aziz pernah menghentam kerajaan campuran tetapi selepas pertemuan 10 minit dengan Abdul Hadi, beliau tidak lagi menyerang presiden PAS itu kerana sudah mendapat penjelasan sebenarnya....Ini apa yang diulas oleh anaknya, Nik Abduh.Baru dua bulan lalu. Beberapa hari lalu hentam Nasha.Hari ini pula lembut. Saya percaya dengan pemikiran yang terhad, asyik ingat,lupa,ingat,lupa..Nik Aziz akan meletup lagi. Kali ini lebih kuat dentumannya.

2 comments:

  1. Nasihat saya pada Nik Abduh,

    Saya harap Nik Abduh nasihatkan ayahnda beliau supaya bersaralah dari politik. Faktor umur boleh menjejaskan wibawa beliau.
    Jangan tunggu sampai dia tersungkur.

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz tu bagus. Perwatakan yang sederhana tetapi masalahnya selalu keluar kata-kata yang meragukan. Banyak penyokong-penyokong parti beliau diajar untuk terlebih ajar. Jadi itu yang susahnya Buanasuara..

    Apapun..kita adakan pertemuan dulu lah dengan depa. Mana tahu, UMNO ada penawar kepada penyakit lupa Nik Aziz..

    ReplyDelete