Friday, 31 July 2009
Muhyidin Penglipur Lara
Thursday, 30 July 2009
Peluang Mencari Kekayaan Melalui Wabak H1N1
Malaysia confirms 4th swine flu-related death
AP - Thursday, July 30KUALA LUMPUR, Malaysia - Malaysia's health ministry has confirmed the country's fourth swine flu-related death.
The ministry says the 20-year-old Malaysian woman tested positive for the virus but died of pneumonia.
It said in a statement Wednesday that she was hospitalized for 11 days before her death Tuesday.
Malaysia has reported 1,266 swine flu cases since May.
The World Health Organization said Monday the worldwide death toll has reached 816 since the start of the outbreak. It has tallied more than 130,000 infections around the world.
Keraguan Buanasuara:(Rakyat didahulukan)
- Kementerian kesihatan gagal melaksanakan kaedah yang betul dan tepat dalam usaha mengawal dan membenteras wabak Influenza A
- Kerajaan tidak menyediakan peruntukan kecemasan secukupnya kepada Kementerian Kesihatan.
- Ada pegawai yang mengambil kesempatan atau pembekal-pembekal berbagai alatan yang ada kaitan dengan H1N1 main sorot-sorot sehingga menyebabkan alat-alat pencegahan yang penting dan utama tidak cukup di 1Malaysia.
- Ada pembekal atau pegawai yang membentang kertaskerja kononnya untuk H1N1 tetapi impaknya bukan kepada pembasmian tetapi kekayaan kepada pembentang kertaskerja dan kontraktor berkenaan sahaja. DAn kontrak mereka telah diluluskan segera.
- SPRM/MACC bolehlah hantar 'spy'. Kalau ada kecurigaan ambush segera.
Wednesday, 29 July 2009
The Creation of Man
The mule answered, "To live like this for 50 years is too much. Please, give me no more than 20." And it was so.
Then God created the dog, and told him, "You will hold vigilance over the dwellings of Man, to whom you will be his greatest companion. You will eat his table scraps and live for 25 years."
And the dog responded, "Lord, to live 25 years as a dog like that is too much. Please, no more than 10 years." And it was so.
God then created the monkey, and told him, "You are monkey. You shall swing from tree to tree, acting like an idiot. You will be funny, and you shall live for 20 years."
And the monkey responded, "Lord, to live 20 years as the clown of the world is too much. Please, Lord, give me no than 10 years." And it was so.
Finally, God created Man and told him, "You are Man, the only rational being that walks the earth. You will use your intelligence to have mastery over the creatures of the world. You will dominate the earth and live for 20 years."
And the man responded, "Lord, to be Man for only 20 years is too little. Please, Lord, give me the 20 years the mule refused, the the 15 years the dog refused, and the 10 years the monkey rejected." And it was so.
And so God made Man to live 20 years as a man, then marry and live 20 years like a mule working and carrying heavy loads on his back.
Then, he is to have children and live 15 years as a dog, guarding his house and eating the leftovers after they empty the pantry.
Then, in his old age, to live 10 years as a monkey, acting like an idiot to amuse his grandchildren. And it is so.
WHY ANTI-CORRUPTION CRUSADES OFTEN FAIL TO WIN LASTING VICTORIES
Political Reasons for Failures of Anti-corruption Crusades
Politically, there are many reasons why anti-corruption reforms do not take root.
First, it may be that the crusade was never a serious attempt at reform, with the government simply reacting to a scandal or, in the case of many developing countries, external pressure from donors. If a government is simply going through the motions, it may not put the right people or adequate resources into the crusade. This will result in the crusade not having any serious impact or simply fizzling out. For example, when the Turkish Parliament began investigating allegations of corruption of its two former Prime Ministers, it looked like the beginning of a serious anti-corruption crusade. However, current media reports of the Parliament clearing them of these charges have fueled speculations that the campaign is not serious and “a safe political exercise.”
Third, a government may be very serious about fighting corruption but do not take the time and the effort to consult and get the buy-in of its social partners: businesses and civil society entities. Without a national consensus, even a genuine anti-corruption crusade driven by a government may be misconstrued or not be supported by the rest of society.
Fourth, a government may genuinely start an anti-corruption campaign and be put out of power or shift its political priorities. This type of scenario calls for a need to also ensure that opposition is also on board of anti-corruption crusades. Then, even when there is a transition of power or a shift in political priorities, the opposition will either come into power or put pressure on the government to continue on with reforms. The importance of involving the opposition parties is illustrated by what is currently happening in Japan. The opposition-proposed bill to prevent political corruption through banning lawmakers from receiving goods in return for political favours has mobilized some members of the ruling party to agitate for their party to take action on this front.
Anti-Corruption Summit 2000: United Nations Presentation(excerpt)
Tuesday, 28 July 2009
Datuk Seri Nazri Aziz Jangan Jadi Munafik
(an-Nisa':135)
- Kalau bercakap, suka berdusta
- Bila berjanji tidak menepati janji
- Bila dipercayai, suka mengkhainati
- bila diberi amanah, tidak memggang amanah
Oleh itu JANGAN samakan slogan UMNO 'Dulu,Kini dan selamanya' dengan 'Dulu, Kini dan Selamanya Allah.
Monday, 27 July 2009
Nik Aziz Dan Surah Setan Netanyahu
Nik Aziz Kefakiran Intelek - entri buanasuara pada 22/jun/09(Replay)
Aku tidak percaya kerenah Nik Aziz Nik Mat. Beliau tidak ‘degil’ tetapi ‘istiqamah’ katanya. Sebenarnya dia bukan istiqamah, tetapi lemah. Lemah mental.Nik Aziz mengalami ‘kefakiran intelektual’.Gagal mentafsirkan secara berhikmah sesuatu gagasan para sahabat dalam partinya sendiri.
Nik Aziz Nik Mat boleh berubah wajah sekelip mata sahaja. Beliau tidak jauhari dan jauh lagi dengan budiman, dalam bertindak. Ini menjadikan dirinya seorang pemimpin yang lemah dan daif menyebabkan hilangnya harga diri dan martabat sebagai seorang pemimpin yang diperlukan muslimin sepanjang zaman.
Nik Aziz bukan seorang pemimpin Islam yang mempunyai idea. Mampu anjak paradigma dgn maksud “A change to a new political game with a new set of rules”. Satu kerangka bersifat ‘worldview yg abadi dan holistik’.
Beliau didalangi penasihat-penasihat yang ada kepentingan politik dalam Pas. Pemain-pemain ini akan berikhtiar melakukan sesuatu yang boleh mengubah cara berfikir Nik Aziz Nik Mat dalam sesingkat masa. Nik Aziz akan dijadikan sebagai ‘bomb jangka’ mengikut rentak dan timing para penasihatnya.
Sifat seorang pentadbir Islam yang baik akan melihat sebarang tindak-tanduknya dalam mengeluarkan pandangan melalui Islam worldview. Tetapi Nik Aziz melihat politik dengan 2 kacamata iaitu ‘inferior’ dan ‘emosi’ tanpa sempadan.
Umur beliau juga kena diambil perhitungan. Saya kira beliau seorang yang nyanyuk. Gagasan besar tidak boleh mengambilkira pemikiran orang yang nyanyuk.Contoh nyata; (Berita Harian-isnin 27 April 2009)…..
Nik Abdul Aziz pernah menghentam kerajaan campuran tetapi selepas pertemuan 10 minit dengan Abdul Hadi, beliau tidak lagi menyerang presiden PAS itu kerana sudah mendapat penjelasan sebenarnya....Ini apa yang diulas oleh anaknya, Nik Abduh.Baru dua bulan lalu. Beberapa hari lalu hentam Nasha.Hari ini pula lembut. Saya percaya dengan pemikiran yang terhad, asyik ingat,lupa,ingat,lupa..Nik Aziz akan meletup lagi. Kali ini lebih kuat dentumannya.
1Malaysia Yang Menakutkan
Kata Tun Mahathir:
"Masyarakat berada dalam ketakutan. Keadilan tidak mungkin dinikmati oleh orang yang lurus kerana keadilan tidak wujud dalam masyarakat yang menerima rasuah sebagai amalan"
Dunia yang menakutkan ini sebenarnya secara aktualnya telah dilalui sejak berabad lagi, hanya bentuk ketakutannya sudah sampai ketahap yang tercanggih bagaimana kecangihan tahap kejahatannya.
Kita amat rasa ngeri menonton kerusuhan minda manusia. Kehancuran moral melanda kita. Berjuta ketidakpedulian sosial yang menjangkiti masyarakat kita. Bantai membantai atas nama Agama yang dipolitikan -Ledakan 'gila kuasa' yang menjadi rebutan kekuasaan diantara tokoh-tokoh politik, semuanya itu merupakan kepedihan dan rasa bimbang kepada zuriat kita akan datang.
Malangnya kerakusan ini tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang menakutkan, bahkan dianggap sebagai satu bentuk kebangaan. Perbuatan rasuah tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang hina tetapi satu kemuliaan kerana mendapat apa yang dihajatkan. Secara relatifnya, samalah perkosaan bukan lagi perbuatan dosa tetapi sebagai sebuah bentuk 'kejantanan'
Kini manusia telah terpukau kepada 'kecepatan','kesegeraan' memburu kuasa dan kekayaan. Mereka hanyut dalam kesenangan dan keperluan 'sementara' itu. Mereka berpindah dan bergerak cepat dari satu hasrat kepada satu hasrat yang lain tanpa mengira soal moral.
Dimanakah khalifah di muka bumi ini? Atau khalifah dimuka bumi 1Malaysia yang menjadikan dunia ini sesuatu yang menakutkan?
Bangga Jadi Melayu 1Malaysia
Sunday, 26 July 2009
Marahkan YU, Seluang DiTembak
- DATUK SERI SHAFIE APDAL - menyarankan ahli-ahli UMNO hentikankan perbalahan merebut jawatan.
- DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI -Pendekatan secara peribadi perlu ditekankan dengan memberi keyakinan yang UMNO adalah sebuah parti jauh lebih baik daripada parti pembakang.
Buanasuara:
- Orang putih kata "let bygones be bygones" itulah barangkali yang tersirat dalam kalbu mereka. Mereka berdua telah mengutarakan seruan yang baik. Jangan sesiapa nafikan. Bermaaf-maafan itu tuntutan Agama. Dalam hal ehwal hidup orang muslim digalakan supaya bersatu serta sentiasa berusaha mengeratkan silaturrahim untuk membina umat yang terbaik. (peacful co-existence)
- CUMA mereka berdua lupa membawa ubat penawar yang betul. Penawar yang betul tetapi diberikan kepada yang tidak sakit pun tak betul juga. Yang betul ialah beri penawar yang betul-betul diberi kepada pesakit yang betul-betul sakit dan telah dikaji jenis penyakitnya dengan betul-betul. Dulu pernah saya sebut dalam posting saya UMNO hendaklah memberi ubat yang sesuai untuk mengubati UMNO. Kalau UMNO kepialu jangan beri ubat kolera atau H1N1.
- Mereka berdua terlepas pandang kepada dua aspek tabiat orang melayu. Pertama orang melayu sering merajuk kalau dia tidak dapat sesuatu yang dituntut sebagai haknya. Kedua, mereka boleh mengamuk apabila merasai dirinya tertekan oleh sesuatu yang dianggapnya tidak adil.
- Yang bertelingkah sebenarnya bukan ahli-ahli yang hadir pada Mesyuarat Agung Perwakilan. Yang bertembung ialah pemimpin Bahagian. Yang mengajar bersuku-suku dan berkabilah ini ialah pemimpin yang ada kuasa wang. Mereka telah mewujudkan dua temadun . Moral dan tidak bermoral.
- Wang ringgit dan kekayaan sudah menjadi asas nilai kedudukan dan darjat seseorang. Benar dan palsu ditentukan oleh wang ringgit dan kuasa. politik wang dan wang politik adalah amalan silih berganti.
- Demi kekuasaan orang UMNO sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan keadilan melalui perlembagaan diabaikan. lalu sanggup membuli siapa sahaja yang boleh menghalang cita-cita mereka. Keangkuhan inilah menjadikan mereka 'Big Bully' yang mendera sesiapa sahaja. Seperti tingkahlaku 'mafia'.
- Walhasilnya UMNO berbelah dengan berbagai suku dan puak. Diperingkat cawangan berpuak, Bahagian berpuak, pusat pun berpuak. Maka jadilah puak-puak UMNO entah berapa bilangan kabilahnya. Ini Zahid kena buat statistik kerana beliau telah ditugaskan oleh UMNO pusat untuk merangka program motivasi kepada barisan kepimpinan UMNO.
- Senjata ampuh mengubatinya UMNO ialah 'Keadilan' kepada yang hak.
Penyakit UMNO hanya dapat diatasi oleh para pemimpin yang berjiwa Islam yang beriltizam, berwawasan, berani, tegas dan tinggi tekad politiknya.Tanpa tekad dan tolakan politik untuk menyelesaikan permasalahan ini mengikut 'ramuan ubat' yang telah disarankan, masa depan UMNO tidak akan kemana-mana. Betapa banyak cadangan dan gesaan berbagai-bagai pihak, namun jika kepimpinan UMNO itu layu,lesu,lemah,korup angkuh dan mementingkan diri sendiri semua gesaan itu akan lenyap diawang-awangan.
Sanggupkah Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Zahid memecat atau setidak-tidaknya mengambil tindakan terhadap rakan taulan yang merentasi sempadan Perlembagaan Parti? Kalau tidak berani, usah beretorik. Malaikat pun tidak mampu memberi keyakinan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang baik.
AHLI-AHLI BIASA UMNO TIDAK AKAN DAPAT BERBUAT APA-APA KECUALI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DI PUNCAK PWTC.
Friday, 24 July 2009
Pelajar H1N1 Dihalau Macam Babi Di 1Malaysia
· UiTM SERI ISKANDAR CAMPUS CLOSED AS STUDENTS HAVE INFLUENZA-LIKE SYMPTOMS
IPOH, July 22 (Bernama) -- The Health Ministry has ordered the Universiti Teknologi Mara (UiTM) campus in Seri Iskandar, near here, to be closed for one week from today due to the sudden increase in the number of students to 280 from 55 yesterday with influenza-like symptoms.
Bernama via Yahoo! Malaysia News - Jul 22 08:30pm
· UiTM ALOR GAJAH MELAKA CLOSED IMMEDIATELY
KUALA LUMPUR, July 16 (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Campus in Alor Gajah, Melaka has been closed for nine days effective immediately following the outbreak of the Influenza A H1N1 at the campus since last week.
Buanasuara:
- Sebaik sahaja diberitahu kepada pihak perubatan bahawa anak beliau baru balik dari kampus UiTM kerana instituisi tersebut disyaki ada pelajar yang dijangkiti H1N1. Sebaik sahaja mendengar H1N1 dengan secepat kilat pegawai perubatan berkenaan mengambil dan memakai penutup pernafasan.
- Beliau berasa amat kesal. Kesal kerana anak beliau telah bersama dengan seluruh keluarga sepanjang balik dari kampus. Ini bermakna beliau telah terdedah dengan jangkitan itu sekirannya anak beliau itu ada virus yang dibawa balik dari kampus.
- Lebih teruk lagi ia akan menular keseluruh jiran dan kampung halaman .
- tambahan pula kalau inilah cara menangani H1N1 beliau yakin seluruh negara akan mengalami wabak babi ini kerana pelajar-pelajar adalah datangnya dari seluruh pelusuk negara.
3. Mana SOP Kementerian Kesihatan dan pengurusan UiTM?
- Kenapa pelajar-pelajar dihalau macam babi balik ke kampung masing-masing tanpa memastikan samada pelajar yang dibenar pulang itu benar-benar selamat.Tidak pembawa H1N1?
- Kenapa pihak kementerian Kesihatan tidak memeriksa semua pelajar dalam kampus sebelum dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga dan kampung halaman masing-masing.
- Adakah kerana mereka menganggapkan budak-budak ini adalah anak-anak 'stupid malay'?
- Adakah merebak itu lebih baik daripada mencegah?
4. Apa maksud 'rakyat didahulukan'? Apakah ia bermaksud rakyat jembel ini dahulu terkena berbagai penyakit. Atau bagaimana?????..
Najib keseorangan untuk membetulkan keadaan. Menteri-menteri lain masih lagi 'berbulan Madu'.
Millenium Bug Y2K In UMNO
"The younger people who are within (political parties) starts out very clever, very intelligent, in term of being critical, but they get absorbed into the sistem. They get absorbed too much, too fast and they can see how the game is played -how to be 'in' - and they get lost in there"
What say You?....For a successful 1Malaysia..
Thursday, 23 July 2009
Para Sahabat Iblis Dalam UMNO
- Selagi kerajaan dan pihak berkuasa mengurus tadbir kuasa bersandarkan undang-undang, dilaksanakan secara telus dan terbuka, tidak ada mahkamah yang boleh menyalahkan kerajaan.
- Melainkan terdapat hakim yang hilang integriti atau memilih untuk turut berpolitik atau bersimpati dengan mana-mana kumpulan atau pemikiran politik.
- Ujian utama dan paling berat kepada para hakim adalah memiliki sifat tidak memihak terutama daripada segi emosi dan kecenderungan
- Perlu dipertahankan peranan kehakiman yang profesional dan berintegriti serta bebas dari pengaruh mana-mana pihak.
i. Sekali peristiwa menurut riwayat Wahab bin Munbih, Allah memerintahkan kepada iblis supaya menemui Nabi Muhamad S.A.W. dan menjawab semua pertanyaannya. Ia pun mengunjungi baginda dengan menyamar sebagai seorang tua Bangka memegang sebatang tongkat.
Nabi bertanya: “Siapa anda?"
“Aku Iblis”,jawabnya.
“Apakah maksud mu kemari?” tanya Rasulullah.
“Tuhan memerintahku supaya menemui mu dan menjawab semua pertanyaan mu”, jawab Iblis.
1. Hakim yang tidak adil
2. Orang kaya yang sombong
3. Penghasut pada orang lain
ii. Ada 10 jenis manusia semuanya. Sengaja saya fokuskan kepada 3 katagori di atas. 3 jenis manusia dalam satu. 3 in 1 ini kata orang putih ‘Over crowded’ dalam komuniti kita lebih-lebih lagi dalam parti-parti politik 1Malaysia.
iii.Hakim yang dimaksudkan disini tidak semestinya Hakim berbagai Mahkamah yang ada di 1Malaysia. Ia juga meliputi seseorang atau kumpulan manusia yang telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan menyelesaikan sesuatu pertikaian yang wujud antara dua pihak atau lebih. Kalau dalam organisasi UMNO ialah Majlis Tertinggi UMNO. Secara yang lebih spesifik ialah Setiausaha Agung UMNO. Dalam Pemilihan UMNO dahulu Tg Adnaan Mansor banyak mempengaruhi keputusan MKT dengan lapuran yang ‘sengit sebelah’ .Banyak memihak kepada rakan taulan beliau. Menimbulkan berbagai-bagai masalah kepada UMNO seluruh Negara;tidak selesai-selesai hingga kini. Contoh jelas ialah di UMNO Bahagian Tanah Merah, Larut, Tenom dan lagi dan lagi 1Malaysia.
iv. Kalau dalam PAS TGNA. KeAdilan Nuar Braim. Lain-lainnya termasuklah Penasihat Undang-undang UMNO yang diberi jolokan ‘Jalok’ oleh ahli-ahli UMNO Bahagian Tanah Merah . Seorang lagi ialah Setiausaha Kerja UMNO pusat yang telah terbuang. Dan Ketua-ketua Perhubungan yang ‘melepas tangan’ dalam krisis anak buah serta Ketua-ketua Bahagian merata 1Malaysia.
Look Before You Leap
Wednesday, 22 July 2009
Teoh Beng Hock
- Tekanan mental lepas disoal siasat
- Marah dan kecewa yang amat sangat kerana tidak percaya ketelusan siasatan
- SPRM menemui bukti yang boleh membabitkan pemimpin yang disiasat
- SPRM menemui sesuatu yang mengaibkannya atau keluarganya atau kenalannya dalam komputer riba yang dirampas
- Rasa bersalah selepas membuat pengakuan
- Menerima ancaman terhadap nyawanya atau keluarganya kerana mangsa dikatakan saksi penting SPRM
Kedua-duanya tidak menolak kemungkinan Teoh dibunuh:
- Teoh ditolak dari bangunan itu
- Dikejar 'was connered' mangsa melompat sendiri kerana ketakutan
- Dibunuh terlebih dahulu sebelum dicampak keluar
Teori Buanasuara:
- Bunuh diri~Bunuh diri adalah suatu kebiasaan bagi bangsa Cina. Apatah lagi Kes ini melibatkan pemimpin,parti dan Kongsi Gelap. Bagai Apek dalam cerita Madu Tiga, "Hidup pun susah, mati pun susah". Bagi Teoh lebih baik mati daripada hidup. Habis cerita.
- Dibunuh~ Bunuh membunuh adalah amalan biasa dalam kelompok Kongsi Gelap. sesiapa yang membocorkan rahsia mesti dihapuskan serta merta.
Nota:
Teori ialah satu andaian tentang sesuatu kejadian yang boleh menjuruskan kepada siasatan dan kajian tentang sesuatu kes sehingga ianya dapat dibuktikan kebenarannya.
So, mana-mana parti usah sibuk-sibuk. Tak payah pegang lilin. Tak payah berdemonstrasi. Tak payah menjerit-jerit. Buang masa. Jom buat kerja lain yang wajib pada diri dan masyarakat. Bab siasat-menyiasat sudah ada pasukan yang bertanggungjawab. Tunggu dahulu keputusan siasatan. Jangan ganggu pasukan siasatan dengan beranika ragam agenda politik murahan.
Selepas siasatan, Pendakwaan akan dilakukan. Pendakwaan akan dibuat di Mahkamah. mahkamah pula ada berjenis-jenis Mahkamah. Pendekkan hujah, banyak lagi proses yang mesti dilalui sebelum seseorang itu disabitkan.
Nuar Brain jangan buat-buat tak faham. Kan awak banyak pengalaman berhubung dengan sesuatu dakwaan dan hak-hak individu dari segi undang-undang. Tunggulah dulu. Kalau ada salahlaku dalam siasatan atau seumpamanya, barulah kita sama-sama jeritkan untuk tubuhkan Badan Siasatan DiRaja.
Tuesday, 21 July 2009
Reinventing UMNO From Cultural-And knowledge Illiterate
DEATH OF HIS MOTHER:
Mr. TPM:(crying) The doctor called, Mom's dead.
(After 2 minutes) Mr. TPM cries even louder
Friend : What now?
MR. TPM WHILE IN GRADE SCHOOL:
Teacher : What is 4 plus 5?
Kalau Dah Jodoh:UMNO,PAS Kena Ikhlas.
LONDON (AFP) - - A British man and his Spanish former sweetheart have finally married 16 years after they drifted apart, reunited by a love letter lost behind a fireplace for over a decade, reports said on Monday.
Steve Smith and Carmen Ruiz-Perez, both now 42, fell in love 17 years ago when she was a foreign exchange student in Brixham, southwest England, and got engaged after only a year together.
But their relationship ended after she moved France to run a shop in Paris.
A few years later, in a bid to rekindle their love, Smith sent a letter to her mother's home in Spain. It was placed on the mantelpiece, but slipped down behind the fireplace and was lost for over a decade.
The missing missive was only found when builders removed the fireplace during renovation work.
"When I got the letter I didn't phone Steve right away because I was so nervous," Ruiz-Perez told the Herald Express local newspaper.
"I nearly didn't phone him at all. I kept picking up the phone then putting it down again.
"But I knew I had to make the call."
When they were reunited, it was as if time had stood still, said Smith, a factory supervisor.
"When we met again it was like a film. We ran across the airport into each other's arms. We met up and fell in love all over again. Within 30 seconds of setting eyes on each other we were kissing.
"I'm just glad the letter did eventually end up where it was supposed to be," he said, after the couple married last Friday.
- Sabda Rasulullah s.a.w. "Barang siapa menghendaki mengerjakan sesuatu lalu dia bermesyuarat dengan seorang muslim, maka Allah akan memberi taufik baginya untuk memilih yang paling baik baginya"
- Allah S.W.T. telah memerintahkan supaya umat Islam mengamalkan prinsip syura melalui firman-Nya bermaksud "Kerana itu maafkanlah mereka,mohonlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya,Allah menyukai kepada orang yang bertawakal kepadanya" (Ali Imran:159)
5.Kita menyeru kepada semua anggota parti UMNO dan PAS supaya menyambut setiap program kearah dialog yang memberi menafaat kepada umat. janganlah kita bertanya berapakah untungnya yang akan kita perolehi daripada perjuangan ini,tetapi tanyalah berapa banyakkah sumbangan yang akan diberikan lagi supaya perjuangan penyatuan ini dapat direalisasikan.
Monday, 20 July 2009
Muhyidin Dan Ghani Othman "Tong Kosong"
UTUSAN MALAYSIA.ISNIN 20 JULAI 2009
Muhyidin Yasin;
‘Tidak pegang prinsip MCA”
‘Keputusan bekas Ketua MCA bahagian Bakri, Datuk Chua Ju Meng menyertai Parti
Keadilan Rakyat(PKR) tidak akan membangkitkan gelombang sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang di negeri ini”
“Tindakan itu tidak akan memberi kesan besar kepada scenario politik dinegeri ini”
Aku;BuanaSuara:
1.Inilah contoh penyakit kelamin pemimpin-pemimpin BN. Kalau ada seseorang kerabat yang keluar dan menyertai parti lain suka sangat merendah-rendahkan pilihan seseorang itu.
2.Jiwa AMBIL MUDAH. Tidak ada apa-apa. Semua beres.
2. Sepatutnya pemimpin yang bertanggungjawab memeriksa dan menyiasat dahulu kenapa seseorang itu lari dari perjuangan yang telah disertai puluhan tahun.
3.Jangan lekas membuat hukuman. Jangan ikut perangai PAS. Keluar sahaja seseorang itu dari parti mereka, terus dianggap sesat dan dihukum sebagai Ahli Neraka.
4.Dari segi prinsip mungkin seseorang itu tidak mendapat keadilan dari parti yang disertainya. Sebagai orang yang waras adalah satu kebodohan untuk kekal dalam parti yang gagal memberi keadilan kepada beliau dan kaumnya.
5. Mari kita lihat dari perspektif yang luas. Chua Ju Meng adalah bekas Menteri Kesihatan. Tidakkah terbayang dalam benak pemimpin bahawa yang keluar MCA itu bukan Ju Meng sebatang kara sahaja. Mungkin ramai lagi di Bahagian beliau. Dan mungkin ramai lagi diseluruh tanah airku 1Malaysia.
6.Apabila Ju Meng keluar parti dan menyertai gagasan lain ini bermakna beliau bukan sahaja tidak selesa dengan MCA tetapi mungkin sudah menyampah dengan BN atau mugkin menyampah dengan kerenah pemimpin UMNO yang menjadi tulang belakang BN.
7.Muhyidin bukan musuh Ju Meng. Muhyidin dan Ju Meng sama Johorean. Apa salahnya kalau Muhyidin bertanya khabar atas sifat kawan dan juga Timbalan Perdana Menteri Dan juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Dan juga pemimpin 1Malaysia.
8.Kalau begini gelagatnya, Muhyidin boleh diumpamakan sebagai sebuah “tong kosong yang menerima apa sahaja yang dituangkan kedalamnya”.
9.Memandang sesuatu perkara dengan perasaan remeh temeh adalah symptom gejala buruk melanda pemimpin BN. Ini terjadi kerana pertimbangan dalam melakukan atau menerima sesuatu bukan atas dasar baik buruk atau benar-salah sesuatu perkara itu tetapi lebih berasaskan kepada nafsu-serakah dan keuntungan singkat semata-mata.
Nota:
Selagi para pemimpin BN dan UMNO khususnya, tidak menukar corak pemikiran, sikap dan jiwa mereka ke arah kebebasan sebenarnya, merdeka dari segi bentuk pandangan-pandangan palsu, yang sesat lagi menyesatkan, dan fikiran-fikiran yang kolot lagi membahlolkan, UMNO dan BN akan menjadi sebuah parti pinggiran pada pilihanraya akan datang.
Saturday, 18 July 2009
Anwar,Lim And Son, Azizan; Bagaikan Si Kudung Dapat Cincin
Itulah sebabnya apabila berlangsungnya Pilihanraya, kecil atau umum rakyat wajib meneliti dan mengkaji baik buruknya seseorang calon atau sesebuah parti itu untuk dipilih. Jangan syok pada parti semata-mata.
Setakat ini kita dapat menyaksikan politik celaru Kerajaan Negeri Perak sehingga wujud Sidang Bawah Pokok dan sebagainya. Kanak-kanak tadika pun tertawa. Macam iklan sidang parlimen dalam kempen susu di TV satu waktu dahulu.
Gantung-mengantung Ahli Dewan berleluasa disana sini dalam negeri-negeri yang diperintah PR. Akhir-akhir ini Dr Khir Toyo dan anak buahnya digantung Dewan di Selangor. Bukannya hendak menjadikan Dewan yang mulia sebagai tempat bertukar-tukar pendapat untuk kebaikan rakyat tetapi dijelmakan sebagai tempat usir mengusir. Macam si Kudung dapat cicin.
Begitu juga Kisah Babi di Kedah tidak habis-habis. Isu sekecil itu pun jadi porak-peranda habis seluruh rakyat Kedah.
Di Pulau Pinang, bukan setakat Industri Buah Pala tidak berkembang, malah Kg Buah Pala pun dah tergadai. Itulah kehebatan yang di uruskan PR.
Setakat ini apa yang kita lihat bukanlah satu krisis. Ia Cuma satu isu. Pengurusan satu-satu isu yang kecil kalau tidak tepat tindakan dan pengurusannya akan menjadi krisis yang merugikan.
Demikian juga kalau isu yang melibatkan personaliti dari PR, akan di sudahi dengan demontrasi. Kalau katak belaan PR mati kerana perbuatan sendiri pun rakyat dikerah berdemontrasi. Tidak setakat berdemonstrasi malah melaung-laungkan macam orang histeria untuk menubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Ini adalah cerminan kebobrokan minda pemimpin PR.
Lain kali pilihlah calon-calon dan pemimpin yang mempunyai ‘the right talent’ atau bakat yang betul kerana mereka mementingkan ‘good heads and good legs’ –yakni otak yang baik dan tindakan yang betul. Pemimpin-pemimpin yang mempunyai bakat yang baik lazimnya mempunyai matlamat yang jelas.
Di Negara kita ada 4 kepercayaan agama yang dominan; iaitu Addinul Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Kesemuanya menentang kezaliman. Jadi perlu apa kepada demonstrasi?
Mereka harus berpegang bahawa dalam kesusahan itu ada penyelesaian-‘when there is a problem, there is always a solution’. Masyarakat memerlukan pemimpin yang mahir dalam ‘problem-solving, decision-making dan art of negotiation’, bukan berdemonstrasi memanjang.
Kalau Shintaro Ishihara berani menulis , The Japan that Can Say No, kita juga ingin membuktikan bahawa kita adalah bangsa besar dan bangsa gagah yang tidak tunduk kepada unsur-unsur yang merugikan kita, melalui seruan kepada rakyat Malaysia dengan slogan “The Malaysian that will Never say Yes Sebarangan”.
Wednesday, 15 July 2009
Katakan Tidak pada A Zero Sum Game
Demokrasi mestilah dilihat sebagai satu saluran untuk mengelak daripada berlakunya pemerintahan dictator. ‘Dictatorship’ ialah pemerintahan yang tidak ada penyekatan dan had dari segi undang-undang, perlembagaan dan factor dalaman sesebuah Negara. Ia seringkali dikaitkan dengan kezaliman, penindasan dan kekerasan kepada golongan yang diperintah, yakni rakyat.
Dalam konteks Islam, kepimpinan dictator amat terlarang. Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Lalu kaum Firaun menurut perintah firaun, sedang perintahnya itu bukanlah perintah yang betul. Firaun akan mengetuai kaumnya pada hari kiamat, maka ia akan membawa masuk ke neraka. Dan seburuk-buruk tempat yang dimasuki ialah neraka”
Dalam Negara kita demokrasi telah dijadikan mechanism kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka melalui pilihan sendiri. Dalam proses pilihanraya, rakyat berhak membuat penilaian dan hukuman keatas parti yang dirasakan tidak dapat memenuhi selera mereka. Sistem ini amat menjanjikan hak asasi manusia. Yang menjunjung tinggi nilai keadilan, kebebasan dan persamaan. Keadilan maksudnya, layanan yang diberikan kepada rakyat tanpa memilih kasih. Kebebasan pula meliputi kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat,berpersatuan dan berhimpun serta lain-lain yang disempadankan dengan undang-undang Negara. Rakyat dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan politik tanpa sebarang kongkongan dan sekatan. Mereka dialu-alukan menyumbangkan pendapat untuk meujudkan sebuah kerajaan.
Kalau ada lagi rakyat dinegara ini mengatakan system yang diamalkan Kuala Lumpu sebagai pemerintahan tirani dan dictator, orang sebegini adalah manusia penghasut no 1 di 1Malaysia, demi untuk menutup kelemahan mereka.
Dalam masa yang sama, demokrasi juga harus menjadi penghalang kepada wujudnya sifat ‘kemenangan total’ dan ‘ketewasan total’. Dalam persaingan politik mengikut demokrasi, sesebuah parti itu tidak akan kalah semua atau mennang semua kerana demokrasi menawarkan perebutan yang sihat dan sepatutnya tidak ada sebarang monopoli boleh berlaku.
Kalau fenomena ‘winner takes all’ dibenarkan ujud, rakyat yang akan menderita. Janji-janji pilihanraya yang telah dibuat tentunya sudah mengambil kira ‘allocation’ yang telah dipastikan. Yang menang wajib melunaskan janji-janji mereka dan yang kalah harus menguruskan janji-janji mereka dengan bijaksana agar rakyat diManek Urai kalau tidak boleh dijadi anak angkat pun, jadilah mereka anak tiri yang disayangi. Mungkin pada PRU 13 nanti mereka akan membuat ‘review’ yang boleh menguntungkan.
Saya tertarik dengan pandangan Mumtaz Ahmad dan I.William berbunyi:
“We do know that in a federal democratic system, one can easily avoid a zero sum game in which the winner takes all. In such a system, one can multiply winners; federal, state and local electoral democracy is a multistage voting process. So party may lose at the national level but win at the state and local level. At national level, an Islamic party may play the role of a loyal opposition. But at the state or local level, simultaneously, Islamic party may become the government, and the party in power at the national level may become the loyal opposition of Islamic party at the state level”.
Ini adalah contoh ulung yang mesti diwarisi oleh PAS dan UMNO. Mereka adalah parti yang mewakili bangsa Melayu. Demokrasi membuka suasana persaingan politik yang sihat, seimbang dan adil. Kedua-duanya adalah pemain yang SEKIAN LAMA menerima demokrasi kerana melalui cara ini, mereka kemungkinan menang dan memiliki kekuasaan sebagai kerajaan. Jika mereka kalah sekalipun, kekalahan itu bukan total, tetapi turut diiringi kemenangan. Jangan khianati rakyat.
Muhasabah dan sentiasa baiki diri kearah kecemerlangan. Rakyat wajib didahului. Prestasi akan dijelmakan semasa piliharaya. Itulah demokrasi.
Monday, 13 July 2009
PAS Mampu Buat UMNO Parkinson Di manek Urai
Pengundi Hantu, Tokoh Guru Dan Jambatan Maut Di Manek Urai
1. Fatah kata sudah tidak ada Pengundi Hantu yang akan menghantui PRK Manek Urai. UMNO lantas perli PAS. Fatah tersengih-sengih sahaja. Sebab apa tersengih-sengih sendirian? Sebab Pengundi Luar yang balik nanti akan menjadi hantu untuk memusnahkan UMNO.
UMNO faham ke tak apa yang Fatah kata? Ahmad Maslan buat kajian ke tak fasal kenyataan Fatah(Pengarah PKR PAS di Manek Urai)itu? Maknanya Fatah yakin kalau bawa balik berlori-lori dan bergerabak keretapi pun mereka akan mengundi PAS. PAS sudah mengarah para pengundi luar mereka untuk balik secara percuma dengan tajaan UMNO.
Setelah mengundi atau sebelum mengundi mereka in akan disambut oleh wakil PAS dan diberi wang tambang lagi. Ini untuk memberi peluang kepada pengundi Luar menambah pendapatan mereka.
So, jangan terkejut UMNO akan kalah melalui saluran 3 dan 4(Saluran Pemusnah UMNO)
2. Muhyidin telah menabal 'Tokoh Guru' diatas padang bola. Macam Nuar Musa menabal Raja Kelantan di Padang Bola dahulu. Dengar khabarnya semua Pengetua dan PPD seluruh Kelantan dikerah untuk hadir. Maka hadirlah mereka ini kerana terpaksa. Penyakit kerah-mengerah cikgu ni masih tak habis-habis dalam budaya UMNO. Khabarnya orang tempatan (pengundi Manek Urai) tidak dijemput dan tidak ramai yang hadir. so much so, mesej yang hendak disampaikan oleh TPM tidak dapat dikomunikasikan kepada pengundi tempatan. Kesian. Buang masa TPM sahaja.
3.Kalau Pak Menteri diprogramkan ke Manek Urai, didapati yang sibuk keliling Pak Menteri ialah Ketua-ketua Bahagian. Mereka berebut-rebut nak tunjuk muka handsome, hinggakan tujuan asal Pak Menteri ke sana terjejas. Orang-orang tempatan usahkan nak masuk dekat, nak tengok wajah pun terpaksa menunggu Pak Menteri naik pentas dahulu baru boleh nampak. Ada juga Ketua Bahagian kalau Pak Menteri buat PC, dia pun sibuk memposisikan diri agar wajah-wajah mereka terpancar dalam TV. Kononnya aku sangat rapat dengan Menteri itu dan ini.
4. Kenapa tidak bagi peluang kepada Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Peti Undi berkenaan, Penghulu dan orang kampung Manek Urai yang menyambut Pak Menteri yang datang. Ketua-ketua Bahagian lain tak usahlah jadi tukang sibuk. Orang kampung ni kena bagi biar mereka rasa mereka berharga, baru mereka jatuh cinta. Kalau dah jatuh cinta mereka sanggup buat kerja mati-matian. Ini tidak, Ketua-ketua Bahagian lain yang sibuk. Nak muntah tengok gelagak mereka. Tak percaya cuba ulang-tayang PC menteri sepanjang kempen PRK Manek Urai.
Orang kampong kalau bagi peluang mereka duduk sebaris dengan menteri, mereka akan bercerita sepanjang hayat tentang peristiwa itu. Sampai anak cucu naik bosan. lebih-lebih lagi kalau Pak Menteri arahkan juru gambar supaya membuat copy segera dan hantar kepada setiap wajah yang ada. Apa akan mereka rasa? Cuba teka. Lagi umph....kalau dibelakang gambar Pak Menteri tulis sepotong ayat berbunyi "semoga dirahmati Allah dan dapat kita bertemu lagi" daripada Saudara kamu dalam Islam.... Tandatangan Pak Menteri. CUKUP....cair melelehlah hati pengundi
5. Saya tidak nampak jambatan segera yang dijanjikan TPM akan memberi mileage pada UMNO. Jambatan yang dimaksudkan itu sebenarnya sudah memadai dengan trafik dan lalu-lintas disana. Ia nampak sibuk dan jam kerana PRK. Ramai yang datang kesana. Selepas ini jambatan itu akan digunakan oleh orang Manek Urai untuk berulang alik ke kebun mereka. Itu pun dengan motorsikal dan basikal unta sahaja. Lepas ni masing-masing akan balik ke lubuk masing-masing. Sampai mati pun tak akan datang lagi kecuali ada PRK pula. Pengguna setia ialah orang Manek Urai dan sekali sekala oleh beruk, monyek dan babi hutan.
6.Lainlah kalau janji nak buka kilang getah terbesar dan kilang kelapa sawit atau kilang proses buah-buahan tempatan. Maknanya orang di situ boleh menjual hasil tani mereka secara terus, tidak melalui orang tengah. Nampak juga rasionalnya. Rasanya 'pecah liur' juga orang Manek Urai nak merasa. Selain itu ada juga peluang pekerjaan kepada anak-anak mereka. Ini Jambatan yang dijanjikan. Entahlah Belalang.
7. Saya harap UMNO dapat buktikan saya silap dalam membuat andaian ini. Selamat Mengundi.Menang atau kalah perjuangan mesti diteruskan. Jangan biarkan UMNO mati dengan 'perjuangan yang belum selesai'.
8.Tidak mustahil kubu PAS boleh ditawan. Macam Pengkalan Pasir di Pasir Mas dahulu pun kawasan kubu kuat PAS, PRK 2006 UMNO menang 100 undi. Mungkin akan berulang di Manek Urai.
Sunday, 12 July 2009
UMNO Bagaikan Buah Khuldi
Friday, 10 July 2009
Leukemia UMNO
Mona Pendi Di Manik Urai
Satu ketika dahulu seluruh Negara digemparkan dengan berita khilangan Dato’Mazlan. Kemudiannya ditemui mati dalam keadaan ngeri. Tubuh badan arwah dikerat 18 oleh seorang artis bernama Mona dan Suaminya Affendi(Mona Fendi).Akhirnya Mona Fendi menerima hukuman kerana didapati bersalah oleh mahkamah. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati. Orang UMNO amat marah dan benci pada kedua-dua penjenayah tersebut.
Kini secara diam-diam roh Mona Fendi meresap ke dalam tubuh badan UMNO di Manek Urai.Mereka berada disetiap penjuru PRK Manek Urai. Dah tak boleh buat apa-apa lagi. Pembunuhan ‘ala Mona Fendi’ ada dimerata-rata. Bukan belasan keratan lagi, malah beratus-ratus keratan.
Saya diberitahu salah seorang pekerja yang diimport bahawa mereka dah tak mampu nak jalankan tugas. Hidup macam terpaksa. Seolah-olah berjalan dalam gelap. Disana ramai artis macam Mona Fendi.Boleh menghibur dan boleh membunuh.
Mereka mampu memberi lapuran yang boleh menghiburkan UMNO. Semuanya lunak-lunak sebab mereka tahu budaya yang dimiliki oleh pemimpin UMNO. Macam Mona, boleh menyanyi dipentas dan pembunuh didesa.
Saya tidak keliru. Saya masih waras. Ini dapat mengesahkan entri saya terdahulu bahawa budaya ‘kerat-mengerat’ tetap akan berlaku. Kecil besar,banyak sikit Wallahwualam. Rupa-rupanya lebih parah. Modus operandi sangat licik. Mereka yakin akan terlepas sebab UMNO tidak serius menangani soal begini. Sepertimana dalam PRU 12 lalu. Bukan tidak ada Roh Mona ini. Ada. Dapat tangkap.Masukkan dalam botol dan diserahkan kepada Lembaga Disiplin. Dengan harapan dikenakan tindakan. Tetapi terlepas. Ada lembaga dalam Lembaga Disiplin. Lembaga inilah yang membuka tudung botol.Maka boloslah manusia yang beROHkan Mona. Bebas merdeka. 'Lembaga' ini masih bertakhta di PWTC. Malangnya ‘Ghostbusters’ pula merana dan terbuang. Hingga kini pun saya ingin mencabar keesahan tentang apa yang berlaku di Bahagian saya Tanah Merah. Waima cabar saya dengan tuduhan fitnah diMahkamah pun saya sanggup.
Di Manek Urai lagi susah. Mona Fendi datang dari merata tempat. Dari dalam dan luar Manek Urai. Ada yang jelma jadi juru kempen PAS. Camouflage. Mereka lakukan semua ini ada destininya. ‘Mona' yang berasal dari Kuala Krai tidak puas hati dengan Ketua UMNO Bahagian. Yang juga merupakan Mona sewaktu pemilihan Bahagian. Manakala Mona dari luar tidak puashati dengan UMNO negeri semasa Tan Sri Nuar(Mona peringkat perhubungan). dan kerenah Pengurusan Parti peringkat pusat semasa Najib sebelum 1Malaysia. Mereka ingin sampaikan mesej agar soal-soal disiplin jangan main-main. Nanti parti dimain-mainkan. Kesian. Kesian Tuan Aziz di manek Urai. Kesian Dato Pa.
Kehadiran Dato Romzi, Wan Zaid dan Tuan Aziz dalam majlis-majlis tidak memberi impak langsung.
Nasi sudah jadi bubur.Mona hidup subur dalam UMNO. Kemenangan UMNO amat tipis. TV dan radio usahlah mainkan lagu sedap. Makin dijelmakan wajah Romzi makin kuat marahnya musuh-musuh Romzi. Kebetulan pula Romzi adalah mantan setiuasaha Perhubungan UMNO Kelantan. Orang yang bolos dan diboloskan bersama dengan dosanya.
Mana tahu kut-kut Romzi pun suka kalau UMNO tewas sebab Tuan Aziz dikatakan 'Align' dengan Wan Zaid yang dipotong-potong dan dikerat-keratnya semasa pemilihan dahulu. Kalau teori saya tentang Romzi benar,ada dua implikasinya. Romzi akan ajar Wan Zaid dan Wan Zaid akan ajar Romzi. Ingat! Mona Fendi adalah pelakun. Boleh menyanyi dan boleh membunuh.
Semoga Roh Mona akan di lenyap selama-lamanya selepas PRK Manek Urai. Dato Pa gunalah segala ilmu bomoh yang ada. Bakar kemenyan banyak-banyak. Hantu takut pada asap kemenyan. Kalau Mona tidak lenyap, UMNO akan lenyap.
Tuesday, 7 July 2009
1Malaysia Ada Lorong Tikus
Bangkok 6 Julai – Bekas Perdana Menteri Thailand yang kini menjadi pelarian Thaksin Shinawatra dilihat berada di Malaysia, baru-baru ini tetapi berjaya melarikan diri sebelum diberkas oleh pihak berkuasa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand Thaworn Sennian.
Beliau berkata dalam insiden tersebut pegawai kedutaan Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa Thaksin ketika itu sedang menginap di Hotel Shangri-La.
“Pegawai kedutaan (Thailand) memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia berhubung kehadrian Thaksin, namun entah bagaimana Thaksin dapat tahu mengenainya dan Berjaya melepaskan diri”, katanya kepada pemberita di pattani, di Selatan Thailand di sini hari ini.
Beliau bagaimana pun tidak memberi sebarang maklumat mengenai bila insiden itu berlaku, dan menurutnya selepas insiden itu Thaksin berlepas ke Fiji….
Buana Suara:
Hishamuddin where are You? Yang tak sedap didengar ialah :
1.”Berjaya melarikan diri sebelum diberkas”
2. “pegawai kedutaan memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia…
……Entah bagaimana Thaksin dapat tahu..”
Tidakkah ini melibatkan prestasi Kementerian Dalam Negeri. Yang tidak sedap lagi perkataan ENTAH bagaimana, membawa tafsiran bahawa pihak berkuasa Malaysia yang melindungi Thaksin. Tidak tangkap tetapi lepas. Sebab hanya pihak berkuasa Malaysia sahaja yang dimaklumkan.
Kedua, tafsiran mudah ialah pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri rasuah. Thaksin memang mampu untuk berbuat demikian bagi menggelak daripada ditangkap. Tempat penginapan dinyatakan dengan jelas. Kita juga keliru macamana ini boleh berlaku.
Ketiga, sesiapa pun termasuk Chin Peng boleh masuk dan keluar dalam Negara kita tanpa disedari. Alasan passport orang lain digunakan tidak masuk akal. Apa imigresen buat.Tidor ke? Kenapa pintu masuk dan keluar Negara kita senang dibolosi. Tidak salah kalau rakyat akan terjemahkan insiden ini secara negative terhadap Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Hishamuddin.
Keempat; kalau begini jadinya jangan terkejut kalau saya katakan bahawa sebenarnya Chin Peng yang kita sibuk-sibuk dok halang daripada balik ke Malaysia sebenarnya sudah lama berada di Malaysia. Cuma yang bising-bising ini adalah untuk ‘formality’ sahaja bagi mengizinkan Chin Peng berada di sini.
KeLima; kalau kita ada perjanjian ekstradisi dengan Thailand janganlah nanti kita juga akan dimain-mainkan oleh Thailand. Adakah kita lupa bagaimana Abuya(ARQAM) ditangkap di Selatan Thailand dahulu. Tidakkah atas kerjasama kerajaan Thailand?